Followers !

Selasa, 11 Februari 2014

10/2/14 : Teman abah ke Bahau :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kisah semalam yang baru nak cerita di blog harini, hehe :)


Perkara ini KK tak jangka pun, tiba-tiba malam semalam mak suruh teman abah untuk ke Bahau sebab abah nak ambil barang untuk berniaga.

Semua tak nak pergi, kakak kerja, adik tak nak, mak kena jaga adik yang kecil tu, sebab esoknya adik sekolah, akhirnya KK yang terpaksa teman, orang tak kerja kan, hehe.

Mak dah pesan, tidur awal, sebab esok sebelum subuh terus nak gerak, KK tak dengar, tidur pukul 2, haha, sibuk sangat main FB

Pagi tu, mulalah susah nak bangun, tidur pukul 2, bangun pukul 5:30 pagi, cuma 3 jam saja tidur, mandi dalam keadaan terpaksa dan terus naik van, masa tu mata terbuka lagi, lepas mandi kan, segar sikit.

Abah berhenti kat masjid sekejap, solat subuh, dan teruskan perjalanan untuk ke Bahau, mata KK dah layu, akhir tertidur juga, biarkan abah drive van keseorangan.


Bila dah sedar, dah dekat Keratong, lama gila tidur, nampak sangat tidur mati, haha, masuk simpang nak ke Bahau.

Sambung tidur, haha, sedar semula dah sampai tempat nak ambil barang bundle tu, hehe, perut lapar, KK tak turun pun, malas, makan limau je dalam van, orang kat belakang dah sibuk buat masuk barang, KK buat tak tahu je.

Makan limau je, tak ada selera nak makan benda lain, bekal banyak, roti, keropok, air dan sebagainya, tapi rasa nafsu nak tidur tu lagi kuat, astaga, memang KK betul-betul mengantuk sangat.

Kerja KK memang sepanjang perjalanan tu tidur saja, tapi bila dah tengahari, panas, KK memang tak boleh tidur, kena paksa mata buka saja.

Makan itu, makan ini, tak nak bagi mengantuk, makan kacang kononnya, bila dah tengahari, mata kuyu saja, silau satu hal, abah dah macam nak tidur, KK dan risau sebab nampak macam tak terkawal je bawa van.


KK pun mulakan konsert, haha, KK pun nyanyi kuat-kuat dalam van, saja nak bagi abah dengar kemantapan vokal soprano anak dia ni macam taraf-taraf Ning Baizura kan, haha, serius kelakar, langsung suara tak sedap, tapi demi abah, KK nyanyi je.

Nampak lah kelainan, mata abah macam tak mengantuk, betapa hebatnya kemantapan vokal KK, hahahaha, memang kelakar !

Akhirnya, sampai juga dirumah, dapat upah RM20, hehe, petang tu ajak Nadia ke bandar jap, nak pergi ambil barang sikit.

KK tak sempat nak ambil gambar, sempat update kat moments saja, tidur saja kerjanya, masa bila nak ambil gambar, haha

*gambar semua di ambil di Google Image !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan