Followers !

Khamis, 27 Februari 2014

Contoh Resume Lengkap !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK nak kongsikan Resume paling simple dan kemas, seperti yang KK janjikan, inilah contoh resume yang KK buat.



Cara-cara nak buat resume bukanlah sesukar yang dibayangkan, cuma luangkan sedikit masa, dan hasilnya pasti menarik



KK punya resume cuma 2 helai, sebab KK dah ringkaskan, resume yang baik tak perlu sampai nak 5 helai, tapi tengoklah atas jawatan yang dipohon, bergantung juga kepada keadaan.

Dibawah pula, KK kongsikan panduan dan tip, cara buat resume, mungkin ada yang masih samar-samar dengan contoh diatas, KK ada detailkan lagi.

KK pecahkan kepada 6 bahagian untuk memudahkan pembacaan,


Bahagian 1
  • Pastikan gambar formal, gambar passport pun boleh.
  • Semua diisi dengan tulisan besar dan lengkap
  • Emel kalau boleh biarlah nama anda, elakkan guna email seperti sayangawakmuah@gmail.com . Buat emel baru
  • Nombor telefon penting, pastikan nombor itu aktif

Bahagian 2 =  Butir-butir diri
  • Tulis dengan betul dan tulisan besar
  • Jangan menipu umur atau status

Bahagian 3 = Latar Belakang Akademik
  • Tak kisah nak mula dari SPM pun boleh, tapi kalau awak lepasan SPM, letaklah dari UPSR macam saya, nampak penuh sikit. hehe
  • Pencapaian tak kisah nak letak pun boleh, tak nak pun boleh, ikut selera masing-masing.

Bahagian 4 = Pengalaman Kerja
  • Kalau pernah bekerja sebelum ini, boleh disenaraikan.
  • Bagi lepasan SPM, kalau pernah kerja part time, boleh juga diisi walaupun kerja sebulan.
  • Kalau yang tak pernah bekerja, boleh tinggalkan, pergi ke bahagian 5.


Bahagian 5 = Pencapaian dan Penglibatan
  • Ini penglibatan masa sekolah, KK ambil dari tingkatan 5 sampai tingkatan 6.
  • Kalau dah habis Diploma atau Ijazah, boleh letakkan penglibatan semasa di universiti.
  • Sebenarnya bahagian ini ada 2, satu untuk akademik, dan satu lagi untuk kokurikulum, tapi KK campurkan.
  • Kalau untuk akademik itu, mungkin jawatan pengawas, majlis perwakilan pelajar, Anugerah Pelajar Terbaik dan sebagainya.
  • Untuk kokurikulum pula, lebih kepada sukan dan pencapaian, menang olahraga ker, johan bola sepak, sukarelawan dan sebagainya.
  • Buat kotak, nampak lebih kemas dan teratur.

Bahagian 6 = Rujukan
  • Untuk rujukan, letakkan nama, jawatan dan nombor telefon bekas majikan dahulu.
  • Jika tidak pernah bekerja, boleh letakkan nama guru dan sekolah, biasanya untuk lepasan SPM.

Sebenarnya banyak lagi maklumat yang boleh dimasukkan di dalam resume, tapi secara ringkasnya, contoh resume yang KK sertakan ini sudah memadai.

Jika kurang, boleh ditambah, tiada masalah, jadi, selamat berjaya semua :)

 Klik sini ---> Contoh Surat Berhenti Kerja


76 ulasan:

  1. wahh , menarik ni,, memang nak mempebaharui resume =) thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih :) semoga bermanfaat

      Padam
    2. Mcm mna nk bt line biru tuu ??mntk tnjuk ajar skit

      Padam
  2. klau nak buat resume untuk pratikal student, mcm mna pula ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama sahaja, cuma saya boleh cadangkan, sebelum ruangan "Butir Diri", buat satu ruangan "Ringkasan Peribadi", boleh buat ayat ringkas dalam 2-3 ayat yang mengatakan yang anda sedang mencari tempat untuk praktical sebelum tamat belajar

      Contoh :-

      SEORANG PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA (ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI) DARI UNIVERSITI MALAYA DAN MENCARI KEKOSONGAN TEMPAT UNTUK MENJALANKAN LATIHAN INDUSTRI BERDASARKAN BIDANG YANG SAYA PELAJARI SELAMA 3 BULAN

      Padam
  3. BOLEH X share link resume nie..????

    BalasPadam
  4. kalau cikgu dah tak mengajar dkt sekolah tu, boleh tak letak nama sekolah as a rujukan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh saya rasa, asalkan no telefon sekolah dan maklumat lain betul

      Padam
  5. Mesti taip ke??
    Bleh ke kalau just handwriting??

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye, kebiasaannya resume memang bertaip, saya tak pernah lagi jumpa orang tulis tangan, sebab resume akan ditunjukkan kepada majikan :)

      Padam
  6. assalamualaikum. just nk tnye. dkt ruangan pncapaian & pnglibatan tu, bleh x letak aktiviti yg kte buat tp xde sijil ??

    BalasPadam
  7. Seleps dh siap setiap mka surat resume tu,ia perlu distapler atau diklip?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya stapler sahaja, nak lagi kemas, letak dalam file yang clear tu, jadi, boleh nampak resume.

      Padam
  8. Kalau x buat bhagian 5 dngn 6 bleh kew?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tiada masalah, bahagian 5 adalah nota ringkas berkenaan kokurikulum, takkan kita nak angkut semua sijil2 masa sekolah.

      Bahagian 6 penting, tapi jika tak pernah bekerja, boleh kosongkan.

      Padam
  9. Perlu tanda tangan k...maaf 1st nk wt resume..

    BalasPadam
  10. yg bahagian rujukan tu macam mne eh ? sy kurang faham..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bahagian rujukan tu merujuk kepada bakal majikan untuk lebih mengenali kita sebagai pekerja, jika ada bakal majikan yang prihatin atau berhati-hati dalam memilih pekerja, mereka akan telefon dahulu senarai yang ada pada kolum rujukan tersebut, untuk mengetahui lebih lanjut siapa diri kita, jika letakkan majikan terahulu sebagai rujukan, bakal majikan akan bertanyakan soal cara kerja, sikap, kelakuan kita semasa pekerjaan yang lepas.

      Padam
  11. resume nie nak letak mana ? dalam fail sijil jgk ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. letak dalam fail kosong, fail yg plastik clear tu pun boleh, kalau untuk temuduga belajar, boleh juga selitkan jika perlu

      Padam
  12. lepas siap resume ni perlu ke disertakan sekali salinan sijil2 kite???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga, tapi resume diletakkan paling hadapan, kalau untuk temuduga belajar, lagi baik sertakan sijil, kalau temuduga kerja, tak perlu

      Padam
  13. fuhhh~ alhamdulillah jumpa juga contoh resume untuk pelajar lepasan stpm. hee nasib baik. kalau tak, mang tak tahu macam mana nak buat. final exam sem3 pun belum lg, tpi da kena submit resume T.T
    btw, terima kasih senior
    p/s: semoga berjaya xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah, boleh dijadikan rujukan, dan sama-sama dari saya

      terima kasih :)

      Padam
  14. ingin bertanya sama ada jika semasa sekolah tidak terlalu aktif dlm kokum mahupun akademik,kene kosongkn je?takut pla resume ni terlalu ringkas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. seeloknya diisi walau sedikit, dikhuatiri terlalu ringkas resume

      Padam
  15. hai.. fie nak tya. perlu lampirkan sekali tak sijil2? sijil penglibatan dan pencapaian tuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai fie,

      kalau untuk temuduga kerja, tak perlu, kalau untuk temuduga belajar, disaran lampirkan sekali

      Padam
    2. kalau lepasan STPM tapi result belum keluar mcm mana?

      Padam
    3. contoh resume saya tu mmg untuk lepasan STPM yg belum keluar keputusan, kalau perasan, di bahagian 3, saya cuma tulis "STPM" di bahagian pencapaian.

      Padam
  16. mcm mne nak save resume tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf, resume ni tak boleh save, cuma boleh tengok dan jadikan rujukan sahaja

      Padam
  17. salam.. klu xda pengalaman bekerja macam mana ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam,

      boleh tinggalkan bahagian pengalaman bekerja, terus ke bahagian pencapaian

      Padam
  18. Balasan
    1. format tak kisah, saya buat guna Microsoft Word saja

      Padam
    2. Macm mna nak buat line biru??

      Padam
    3. tekan tanda _ berturut-turut dan lepas tu tekan "enter"

      Padam
  19. Salam , kalau nak letak pencapaian tu dari sekolah rendah boleh ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam

      boleh, kalau boleh letak yang sekolah menengah saja, tapi kalau tak ada sangat, tak apa

      Padam
  20. memang resume yang simple dan padat..
    cuma kalau boleh penyertaan yang penting sahaja dimasukkan...
    penat bakal majikan nak baca

    BalasPadam
  21. Salam...ape ayt y digunakan untk britahu kepada majikan ape pekerjaan trkini kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh buat nota kaki pada bahagian maklumat diri dan nyatakan pekerjaan terkini

      Padam
  22. Panduan resume yang baik, real lagi tu..

    BalasPadam
  23. SALAM APA BEZA TEMU DUGA BELAJAR DENGAN TEMUDUGA KERJA ...??

    BalasPadam
  24. SALAM APA BEZA TEMU DUGA BELAJAR DENGAN TEMUDUGA KERJA ...??

    BalasPadam
  25. assalam kk.. nak tnye.. klau nak buat resume utk lepasan spm.. prlu srtakan objektif ataupun matlamat kerjaya ke? sama prlu jugake sertakan kemahiran?

    BalasPadam
  26. salam.... cane nak buat line biru tuuu tunjuk ajar skitt

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu nama dia hyperlink. kalau dalam resume sepatutnya tak perlu ada hyperlink.

      Padam
  27. As slm,klu sya x de prngalaman bekerja, bahagian rujukan tuu boley sya tingkalkann je kee atauu tetap kena buat?

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum. Saya nak tanya bahagian rujukan tu mmg perlu letak atau macam mana ya? Sebab saya lepasan spm.

    BalasPadam
  29. Assalamu'alaikum, mcm mna dgn maklumat ibu bapa@keluarga, perlu masukkn jua kaa...???

    BalasPadam
  30. kalau kita nk sertakan penglibatan dlm ngo atau apa2 badan blh ke masukkan yg nombor lima tu

    BalasPadam
  31. wow resume yang menarik , minta kebenaran dirujuk ye .. x sangka nama sekolah same .. tq senior

    BalasPadam
  32. assalamualaikum..sy nk tnye bhgian rjukan tu mmg kne ltk ke ?sy lepasan stam..ke kne ltk nma cikgu wktu spm?dan kemahiran tu prlu sertakan jgk ke mcm mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam,

      perlu isi walau satu nama pun tak apa..sekadar rujukan

      Padam
  33. sijil2 penting yg perlu disertakan ..sijil apa?sijil bhgian pnglibatan atau sijil exam ke mcm mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang penting sahaja, jangan sertakan semua.

      Padam

  34. Macam mana pulak nak buat cover page untuk lepasan spm..dn cari keja dlm laman web jer..n dpt terus hntr resume tu kepada syarikt2 tersebut

    BalasPadam
    Balasan
    1. hantar guna email...boleh attach resume dalam email

      Padam
  35. Saya ada diploma, tapi syarat tempat yang saya mohon nie minimum spm..boleh ke saya ikut contoh resume nie ?.. 2 tahun xdapat kerja..hmm..cuba pakai spm mana tau rezeki

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ada diploma, dahulukan diploma, baru letak SPM, letak pengajian tertinggi paling atas

      Padam
  36. boleh dptkn format....boleh saye editkan je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf ye, laptop saya hilang, tak ada soft copy

      Padam