Followers !

Selasa, 18 Mac 2014

19/03/14 : Keputusan STPM 2013 !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pejam celik pejam celik, dah tiba hri yang ditunggu-tunggu oleh kesemua calon pertama yang menduduki STPM 2013 secara sistem modular.


KK antara 22,514 calon yang menghadapi peperiksaan sebanyak 3 penggal, dan KK berjaya harungi semua dengan PBS sekali.

Harini, keluarlah keputusan terakhir STPM 2013, apabila dicampur ketiga-tiga penggal selama 1 tahun setengah.

KK berharap, walau tak cemerlang, biarlah sampai target yang KK harapkan, KK dah boleh agak keputusan KK.

Tak sabar rasanya nak jumpa cikgu-cikgu, nak tunjuk sikit yang KK ni dah kurus sikit, hahaha, mana tahu ada yang tak perasan kan.

Kepada U6A2 sesi 2013, KK amat rindukan semua, tak sabar nak jumpa nanti, nak ambil gambar banyak-banyak buat kenangan.

KK juga ada sediakan sedikit cenderahati buat cikgu-cikgu, nak tahu apa? nanti KK bagitahu ya, buat masa sekarang, rahsia !

Apapun, doakan KK, insya Allah, walau tak naik pentas pun, dapat keputusan baik dan capai target KK , dah cukup buat KK gembira :)

Wish Me Luck !


4 ulasan: