Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 25 April 2014

Atas permintaan seorang IBU :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi, adakah boleh 10 orang anak boleh menjaga seorang ibu?


Pepatah dan bidalan yang sering digunakan untuk menggambarkan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.


Al-kisahnya, harini kan KK cuti, pagi tadi, tiba-tiba mak cakap, "tak nak buat kek ker harini, tekak mak rasa macam nak makan"

Mmmm, dah tahu dah taktik dia, hahahaha, KK pun cakap, petang sikitlah mak, dia pun ok je.

Petang tu, KK buat lah, demi permintaan seorang ibu, kita ada seorang saja mak, tak ada ganti dah, jadi, hargailah, dan buatlah apa yang diminta selagi mampu.


Dalam 2 jam dah siap, makanlah mak KK, nampak dari segi raut muka macam puas hati, alhamdulillah, lega hati KK.

Kepada yang masih ada mak, hargailah mereka sebelum tiada, kepada yang sudah menghadap Illahi, teruskan berdoa supaya mereka terus ke syurga :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan