Followers !

Khamis, 10 April 2014

Hadiah Hari Lahir ke-20 Arif !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tanggal 5/4/2014, genaplah 20 tahun sahabat baik KK bernafas di bumi Allah yang fana ini, syukur ke hadrat illahi.


Ahmad Arif bin Zulkifle Amin, satu-satunya sahabat baik KK, walaupun kadang-kadang jauh dimata, kami tetap saling berhubung.

Kami dah berkawan sejak tahun 1, dan rapat berkawan sejak darjah 4, alhamdulillah, tali persahabatan masih lagi utuh hingga sekarang, jika dihitung sudah 10 tahun kami berkawan.


Paling istimewa, pada hari jadi Arif tahun ini, dia telah bercuti semester, jadi ada kat Kuantan, senang la sikit, tak sambut pun, sekadar ucapan sahaja.

Masa jalan-jalan dengan dia, KK pun cuti, sempatlah hadiahkan jigsaw puzzle, tak niat pun, tengok dia pilih semangat sangat, KK hulurkan duit, tanda belanja.

KK harap itu sajalah hadiah untukmu dari KK, itu sahaja yang KK mampu setakat ini, insya Allah nanti KK dapat gaji, kita pergi makan chicken chop ok :)


KK ucapkan Selamat Hari Lahir, semoga terus mengejar cita-cita sebagai seorang arkitek yang berjaya, dipermudahkan segala urusan, diberikan tubuh badan yang sihat dan terus menjadi anak yang soleh disamping keluarga yang tersayang

KK hanya mampu berdoa yang terbaik :)

*Hadiah = Jigsaw Puzzle




Tiada ulasan:

Catat Ulasan