Followers !

Ahad, 27 April 2014

Hari yang penat !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harini hari Ahad, hari minggu dan hari orang bekerja tengah cuti, KK antara yang bekerja pada hari minggu.



Dekat tempat kerja, memang ramai sangat orang, bila saja pintu dibuka, segerombolan orang masuk, apakah? terkejar-kejar semua.

Rupa-rupanya, harini ayam mentah murah, tak silap sekilo RM5, promosi pula sampai jam 12 tengahhari sahaja.


Bahagian bakeri pula tak terkecuali, donat coklat sate, donat coklat gula, croissant, serta donat goreng sosej dijual dengan harga RM 1 setiap satu.

Memang murah dan KK tak menang tangan tambah barang, sekejap saja habis, ramai sangat orang harini.

Tak berhenti KK buat kerja, dari mula masuk kerja, sampai ke rehat, sampai naik rehat dan nak balik pun lewat.

Tapi sempat lagi ambil gambar, tengah-tengah orang ramai pula tu, memang terbaik ! hehe.

Esok KK cuti, bolehlah rehatkan diri sikit dirumah :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan