Spice of My Life

Followers !

Halaman

13/04/2014

Persiapan kerja siap :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Petang tadi, KK bertungkus lumus siapkan persiapan kerja, baju kerja, kasut, stokin, beng dan sebagainya.


Pagi tadi mak tolong jemurkan kasut yang KK rendam semalam, dan sempat kering sebelum petang, nasib baik, hehe


Baju dah siap basuh dan siap jemur malam semalam, petang tadi cuma angkat dan gosok sahaja.

KK terpaksa pakai baju sekolah, sebab t-shirt kolar putih cuma ada satu saja, kesian terpaksa cabut lencana dan pakai semua, ehehe

Yang baru basuh ni tak gosok lagi, esok nak pakai yang dah gosok, ada 2 helai, malas pula nak gosok yang baru ni, hehe


Stokin KK baru beli, haha, beli di SAKAN saja, 3 pasang RM 5.90, murah bukan? terpaksa beli free size punya kerna dek kaki terlebih besar mengalahkan anak gajah, hahaha.

Stokin masa form 6 dulu tak tahu hilang entah kemana, tinggal 3 pasang bila diselongkar segala, jadi beli lagi 3 pasang, sebab kadang-kadang KK kerja 6 hari berturut-turut, malas nak basuh hari-hari


Semua macam dah sempurna, insya Allah, KK akan bekerja dengan bersungguh dan ikhlaskan hati semasa bekerja :)


2 ulasan: