Spice of My Life

Followers !

Halaman

Rabu, 9 April 2014

Teman Arif baiki laptop *_*


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Petang tadi lepas KK balik kerja, terus ambil Arif dari rumah untuk baiki komputer riba dia, dah janji semalam.


Jadi, KK terpaksa patah balik ambil Arif dan pergi semula, malangnya kedai komputer yang biasa KK pergi tu tutup, terpaksa cari kedai lain.

Sebenarnya tak berani nak pergi kedai lain, iyelah, takut juga kena tipu ke apa, kita ni bukan pandai kalau bab-bab komputer.

Arif pun nak pergi kedai yang biasa dia baiki laptop dulu, KK turutkan saja, sebab dah penat satu sebab balik kerja, satu lagi tak ada akal dah.

Layan sajalah kawan seorang ni, teman pergi kedai, disambut dengan baik, Arif terangkan masalah komputer dia, dan tauke cakap dia kena tengok dulu, masalah apa dan nanti dia akan telefon.

Bila dia tengok nanti, dia akan beritahu masalah dan kos pembaikian, antara nak baiki atau tak, yang tu soal kedua.

Harap laptop Arif tak ada masalah teruk, KK nak bagitahu masalah apa pun KK tak pasti, tak pandai bab-bab komputer. hehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan