Followers !

Isnin, 30 Jun 2014

2 Ramadan : Badan agak lemah :(


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Ramadan sudah melangkah ke hari yang ke-2, keadaan KK rasanya bertambah teruk, penat tu ada lagi, tidur tak cukup.


Lepas saja sahur tadi, terus buka laptop, untuk elak mata mengantuk, pukul 6 siap-siap pergi kerja.

Harini KK kerja pagi, macam biasa, masa kat kerja ok lagi, bila masa rehat, tak tahu nak pergi mana, mata memang mengantuk.

Ingat nak tidur sekejap, KK kunci jam, risau juga tak terkejut nanti, sedar-sedar lagi 5 minit sebelum jam loceng berbunyi

Bila bangun badan rasa penat sangat, kepala huyung sikit, mata memamg tak boleh nak buka, KK basuh muka dan terus masuk kerja

Risau KK, kalau macam ni hari-hari susah juga, asyik penat saja, ini semua dugaan Allah, KK kena kuat dan tabah !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan