Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 20 Jun 2014

Jalan-jalan tengok DUNIA !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Lepas saja KK siap sidai kain petang tadi, terus siap-siap untuk keluar, tak ada tujuan pada mulanya, tak tahu nak kemana


Kawan pula tak ada, duduk rumah memang boleh sangat, tapi terasa nak keluar, ambil angin luar kata orang, hehe

Akhirnya KK ke kedai RM2, haha, tak ada tempat lain sangat, takkan nak jalan seorang diri kat dalam mall kan, baik ke kedai RM 2, lagi best.

Kat kedai RM 2, tak ramai orang, baguslah, tak lah sesak sangat, nak jalan pun senang kan, suka pergi sini, macam-macam boleh beli.


Jalan punya jalan, KK sempat rembat kole air yang besi tu, sebab KK suka minum air dalam kuantiti anak gajah kehausan, hand sock untuk KK pakai pergi kerja.

KK juga beli keropok siap goreng tu, KK suka, beli yang biasa dan satu lagi yang pedas, 2 paket baru RM 2, murah kan?

Lama juga lah tadi pusing-pusing, bila dah cukup, baru bayar, habis dalam RM 12 tadi, hehe

Esok kerja, kena tidur awal malam ni, kerja pagi pula tu, huwaaa !!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan