Followers !

Jumaat, 27 Jun 2014

"Maleficent" bersama Cik Yaya dan Aisya


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semalam, KK keluar bersama kawan sekerja nak tengok wayang, dapat pula cuti hari yang sama, boleh lah keluar, tak kan nak tengok wayang seorang kan, hehe


Cerita "Maleficent" menjadi pilihan kami bertiga, cerita dah berzaman baru nak tengok, haha, dah sebulan kot dekat GSC, kesian.

Tapi ramai juga semalam, dalam 15 orang, sebab tayangan cuma 2 kali, sebelah petang dan malam.

KK ni dah berkurun tak tengok wayang, paling akhir tengok rasanya tahun lepas, memang dah berkurun, kesian, kekangan kerja sebenarnya.


Lepas dah tengok wayang, pergi makan kat food court, banyak juga cerita, sempat juga bergurau dengan si yaya ni, selfie sikit, hehe

Lepas ni Aisya dah tak ada, adik kita ni dah berhenti kerja, nak kerja kat lain pula, sedih pula, hilang seorang lagi pekerja yang rajin macam dia ni.


Sangat seronok bila luangkan masa dengan 2 orang ni, yang sorang tu ganas sangat, yang seorang lagi tu sopan sangat, hehe, memang KK suka sakat si ganas tu, haha


Tiada ulasan:

Catat Ulasan