Followers !

Isnin, 25 Ogos 2014

Buat cermin mata baru ^-^


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Siapa masih ingat tempoh hari ada entri yang KK sebut pasal nak buat cermin mata baru? hehe, boleh rujuk entri tu disini


Alhamdulillah, akhirnya KK dah tempah untuk cermin mata baru, tapi belum siap lagi, baru saja tempah Ahad lepas.

Kat tempat kerja KK, ada jualan murah untuk cermin mata, biasalah kerja di pusat beli belah, pasti ada jualan murah di ruang-ruang legar.


Mata KK pun tertumpu kat Hollywood, satu-satunya yang kedai cermin mata yang buat sale kat ruang legar.

Masa rehat dah ada datang tengok-tengok, dan dah ada berkenan di hati, hehe, harganya pun berpatutan, rasanya mampu.

Jadi, hari Ahad KK ajak sepupu untuk teman pergi buat cermin mata baru, hehe, mana tahu ada rezeki, dapatlah buat, kalau tak ada, tak apalah.


Cuba dan cuba, adalah berkenan satu, sepupu pun cakap okay, kena dengan muka dan KK terus bagi staff kat situ.

Check mata dan buat pembayaran, katanya dalam beberapa hari akan siap, nanti dia akan telefon bila siap.

#tak sabar !!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan