Spice of My Life

Followers !

Halaman

18/08/2014

Bye-bye lesen P :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari Rabu lepas, 13/8/2014, tamatlah riwayat lesen P motosikal KK setelah 2 tahun menggunakan lesen tersebut.


Kalau pergi mana-mana, pelekat P tu mesti ada, kalau tak, habislah kena saman kalau polis tahan, hahaha

Bila dah dapat lesen besar ni, huhu, rasa dah bebas, pelekat P tu dah awal-awal KK buang, konon hebat sangat, haha

KK buat lesen baru untuk 2 tahun, bayaran untuk 2 tahun perbaharui lesen baru motosikal berjumlah RM 40 sahaja.


Lesen baru? dah macam kad pengenalan rupanya, hehe, satu perubahan yang sangat baik dari segi kualiti kad, ciri-ciri keselamatan dan tata rias.

Masa KK buat lesen ni, tak perlu ambil gambar dah, untuk pengguna kad pengenalan baru, gambar masa kat IC tu diambil juga untuk lesen, jadi senang, copy paste saja

Kalau dah rasa lesen tu dah nak mati, pergilah cepat-cepat buat lesen baru, nanti kena tahan dengan polis saman lah jawabnya, hehe

*muka tak boleh blah, hahaha


6 ulasan:

  1. wahhh...mcm best ja lesen baru...nanti bulan 9 baru expired lesen....so nanti la tukar yang baru..hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe, nanti jangan lupa buat baru, tak pasal kena saman, hehe

      Padam
  2. Baguslah dah ada lesen. Emi ni takde lesen lagi. Umur makin meningkat. Dulu lepas spm mak suruh ambik taknak. Masa tu tak nampak lagi kepentingan ada lesen sebab nak ke mana2 mak/ayah/abang yg temankan. Lepastu dah busy dgn study, now kerja..takde masa nak ambik lesen. InshaAllah dalam masa terdekat ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apalah emi, boleh ambil perlahan-lahan, muda lagi, tak malu sangat, kalau dah tua tu lain, KK tetap support !

      Padam