Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 22 Ogos 2014

#Teruskan Kerja #Tunggu Rayuan


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tak sangka kan, dah bulan 8 sekarang, sekejap saja masa berjalan, ni pun dah nak habis bulan 8 dah, nanti masuk bulan 9.


KK pun dah kerja hampir masuk 5 bulan, lamanya, dah nak masuk setengah tahun kat situ, macam-macam dah belajar, alhamdulillah.

Sebut pasal UPU, KK memang tak dapat, tak ada rezeki, nak buat macam mana, kawan-kawan yang lain alhamdulillah, ada yang 1/9 ni dah daftar masuk.

Bila tak dapat, pasti buat rayuan, mana tahu rezeki datang lambat kan, kita kena berserah dan tawakal kepada Allah

Buat masa sekarang KK masih terus bekerja, dapat kumpul sikit duit lagi, insyaAllah, buat simpanan dan perbelanjaan untuk sambung nanti.

Kawan-kawan yang lain macam mana? yang senasib dengan KK? kalau teruskan kerja pun baik, nak sambung IPTS pun tak apa, ikut masing-masing.


KK kalau ada rezeki, KK memang nak sambung, kalau tak ada juga, mmm, masih difikirkan lagi, insyaAllah buat yang terbaik untuk diri sendiri :)

Yang tak dapat tu, sabar okay, chill saja, KK baik saja, mungkin kita sedang diuji, atau peluang diberikan kepada orang yang lebih memerlukan :)

Sentiasa senyum, redhakan hati, doa dan tawakal :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan