Spice of My Life

Followers !

Halaman

Khamis, 18 September 2014

Tak dapat Rayuan UPU :(


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sebenarnya keputusan untuk semakan Rayuan UPU dah keluar 15/9/2014 lepas, dan KK memang tak dapat.


Anda GAGAL untuk menempatkan diri ke IPTA, itulah kata-kata yang jelas mengatakan yang Rayuan KK ditolak.

Apakan daya, nasib sudah begini, takdir sudah tertulis, KK hanya mampu berserah dan redha dengan ketentuan illahi.

Bukan KK seorang, ribuan lagi calon yang gagal dalam Rayuan, segelintir sahaja terpilih dalam Rayuan yang dipohon.

Arah tujuan KK selepas ni masih kabur, tak tahu nak kemana, IPTS, teruskan bekerja, atau mohon panggilan kedua melalui U berkenaan.

KK memilih untuk menunggu panggilan ke-2 UiTM yang dibuka pendaftarannya pada 29/9/2014 ini, insyaAllah jika rezeki tak kemana.

Mood : #sedih #patahhati #pasrah #berserah


6 ulasan:

  1. Insyaallah ada jalan :) Mungkin rezeki di IPTS mungkin di IPTA . Kita tak tahu . Kita merancang Tuhan tentukan . Insyaallah Allah bagi jalan yang terbaik untuk KK :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, Amin :) terima kasih atas nasihat

      Padam
  2. Sama lah. Tak dapat jugak rayuan. Sedih tak terkira. But, mmg kena redha lah kan :) Cuba menjadi positif.

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah nasib kita, ramai lagi yang tak dapat, bersabarlah

      Padam