Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 24 Oktober 2014

Hancur hatiku :(


Assalamualaikum dan Selamat Selamat Sejahtera,

Sedih sungguh hati, hancur luluh pabila melihat keadaan cermin mata yang hilang sebelah kanta, nasib jumpa balik.


Al-kisah malam semalam, masa KK nak mandi, masa pakai cermin mata ni, tengah nak salin baju, tiba-tiba tertolak dengan tangan.


Lupa nak tanggal dulu sebelum salin baju, "terlempang" cermin mata di muka, rasa macam benda jatuh, tengok mata kelabu dah sebelah

Cabut cermin mata, alahai, hilang sebelah, cari lah sebelah lagi kanta kat lantai, nasiblah jumpa, fuhh !!

Alahai, sedih tengok, tinggal sebelah, nak pasang tak pandai, kena hantar kedai semula, nasib esok kerja.


Dah siap-siap simpan dalam bekas, esok nak hantar kedai cermin mata semula, minta pasang balik, baru saja beli, ganas sangat, haha

Esok kerja kena pakai kanta sentuh, sabar jelah, tak tahu lah boleh siap terus atau kena tinggal kat situ.


2 ulasan: