Followers !

Rabu, 8 Oktober 2014

Makan malam di Dee Roffa Buffet Steamboat & Grill !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dah 3 hari lepas, Cik Nadiah kita sibuk mengajak makan steamboat, dia ni memang "hantu" steamboat, pantang jumpa, memang habis borong.


Haha, jangan marah, hehe, jadi KK pun merealisasikan impian Cik Nadiah kita, kesian kawan kita, kan tak pasal meleleh air liur, haha


Jadi, kita ke Dee Roffa, kedai ni KK perasan dari bulan lepas, teringin juga nak cuba, kedai baru rasanya.

Sampai pukul 8:30 p.m, melantak punya pasal, habis makan dengan segala pencuci mulut, siap dalam pukul 10:30 p.m, termasuk sesi menghadam makanan, hahaha

Dee Roffa Buffet Steamboat & Grill

=B424, G-Floor, Jalan Beserah, Taman Indera=
25300, Kuantan, Pahang
(Deret TenTen Beserah, Berhadapan Petron)
=5:00 p.m - 1:00 a.m=
=RM 22 (Dewasa) RM 14 (Kanak-kanak) RM 20 (Pelajar)=
=012-7508343=
deeroffa@yahoo.com.my













Bagi KK cukup baik dan sedap makan kat sini, pilihan steamboat yang banyak, tengok saja gambar kan, sampaikan tak tahu nak ambik yang mana.

Lepas ni boleh datang lagi, cukup lengkap makanan ada kat sini, air pun bermacam jenis, ada aiskrim lagi, huhu


*jom makan steamboat ! *hantu diatas


Tiada ulasan:

Catat Ulasan