Followers !

Sabtu, 28 Mac 2015

Bayar Streamyx


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tenggahari tadi KK bergegas ke UTC Kuantan, nak bayar bil Streamyx, minggu lepas dah sampai di rumah KK


Harini KK kerja petang, jadi keluar awal sikit sebelum masuk kerja, sempat juga sampai, orang memang ramai kan, sebab pagi lagi

Bil yang sampai tak sangka dah 2 bulan, rupanya bulan lepas KK tak bayar, alang-alang dah gaji kan, langsai terus


Dapat pula nombor giliran macam tu, lemah semangat, masuk kerja pukul 1, jam masa tu dah pukul 12 tenggahari, risau tak sempat

Tapi tetap tunggu, sabar itu pasti, lepas satu-satu nombor dipanggil, tiba giliran nombor KK, cepat-cepat pergi kaunter, takut terlepas kononnya

Sekejap saja, lepas tu cepat-cepat pergi kerja, nasib sempat, tak lama pun, sebab dekat-dekat saja UTC dengan tempat kerja KK


Tiada ulasan:

Catat Ulasan