Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 24 April 2015

Mural di sekolah :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pagi tadi al-kisahnya, pukul 8 sampai dah sekolah, cikgu seni minta tolong buat mural sikit, dari kisah minggu lepas tak siap-siap lagi dinding tu

Sampai saja sekolah, cikgu ajak ke kantin, belanja makan, hehe, sebab KK dan Ain tak sarapan lagi, jadi cikgu ajak makan sebelum mulakan misi

Lepas makan, terus ke bilik seni, ambil barang dan mulakan tugas, penuh barang dalam bilik seni, sebab esok hari sukan, patutlah, cikgu rupanya rumah kuning, hehe


Dinding dari hari itu, macam itulah, tak bersentuh, sebab lakar saja, nasib nampak lagi lakaran tu, jadi semua terus ambil cat dan meneruskan misi yang tergendala setelah sekian lama

Ahli mengecat jadi 4 orang, sebab Amira dan Farah pun turut serta, tapi datang lewat sikit, hehe, lagi meriah buat kerja

Tengah seronok mengecat, bunyi pula loceng balik, penuhlah adik-adik tengok apa lah kakak bertiga dan abang seorang ni buat, tak siap lagi,

Pukul 12:30 pula KK terpaksa beransur, nak pergi masjid, tinggal bertiga gadis, sampai ke petang, sebab petang nanti cikgu datang semula, untuk persiapan hari sukan esok


KK balik tadi macam ni dah, belum siap lagi, masih dalam proses, tak tahulah, nanti KK minta gambar yang dah siap, KK suka, biasa tapi menarik !

KK pun tak pasti hasil akhir, sama-sama kita nantikan :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan