Followers !

Isnin, 6 April 2015

Pejabat Pos + Bengkel Motor


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Selesai sudah urusan pagi tadi, tak lama pun, sekejap saja, sebab pagi lagi kan, orang tak ramai


Bangun tidur tadi terus siap-siap ke Pejabat Pos dulu, ada sikit urusan ASNB, orang tak ramai, terus saja giliran KK

Lepas saja siap, terus ke bengkel motor berdekatan, KK nak tukar minyak enjin, atau senang orang panggil minyak hitam


Dah 3 bulan tak tukar, risau juga, baik tukar sebelum ada kerosakan pada motor, juga tak lama, sebab bengkel tu tak ada pelanggan lagi

Siap 2 urusan dalam masa tak sampai 2 jam, sekejap saja, lagipun semua lokasi berdekatan rumah KK

Petang ni nak keluar lagi, ada sedikit urusan di U Mobile centre, lepas tu rasanya terus balik rumah, sebab esok dah mula kerja, huhu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan