Followers !

Sabtu, 9 Januari 2016

Main masak-masak #2


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Atas permintaan pengurus yang tersayang, KK masakkan juga, sebab harini bertiga kerja petang, jadi bolehlah masak, makan ramai-ramai


KK masak biasa saja harini, paling penting ada budu, raja segala pembuka selera, haha, mesti wajib ada, sebab memang sedap

KK buat ikan selayang goreng, ayam goreng kunyit dan nasi putih, berselera semua makan panas-panas, tak ada orang pula yang datang, lagi seronok makan


Memang berselera makan nasi dengan budu, lagi-lagi nasi panas, memang pemecah selera, bertambah semua makan, hehe, KK pun sama

Alhamdulillah, rezeki kami bertiga, kongsi-kongsi duit, beli bahan mentah baru RM 10, kongsi RM 3 seorang, lepas tu makan, hehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan