Followers !

Sabtu, 6 Februari 2016

Hantaran pertunangan...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sedar tak sedar, esok dah harinya, tak lama nanti dah naik pelamin, tak lama mana pun, adalah 2-3 bulan lagi nak jadi suami orang, hehe


Itu bukan cerita KK ye, haha, itu cerita saudara KK, esok dah dia nak tunang, KK ni entah bila, calon pun tak ada lagi, haha, lambat lagi
 

 

Al-kisahnya, dia minta tolong KK carikan hantaran tunang, KK cuma tolong carikan, coklat praline yang huruf tu, apam polkadot dan donat

Dapatlah KK cari dan tolong tempahkan, KK dah siap ambil semua malam tadi, keluar sekejap dari kerja, sebab KK dah janji nak ambil malam


Inilah hasilnya, comel sangat, lagi-lagi yang donat tu, coklat pun sama, dan tak lupa apam kumbang tu, KK yang tukar apam polkadot kepada apam kumbang, lagi comel, hehe

Selamat bertunang Cik Aina saudara KK, hehe, minta maaf sebab tak dapat datang atas urusan kerja, KK doakan semuanya berjalan dengan lancar

1 ulasan:

  1. kalau cantik2 nnt rs sayang lak nak makan...hehehehe

    BalasPadam