Spice of My Life

Followers !

Halaman

17/08/2016

4H 3M -MEDAN- (P14) : Jejak kembali Malaysia !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, dalam jam 6:45 pm waktu Malaysia KK selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2), sampai dah tempat asal, haha


Dah sampai sini, sibuklah bercerita pasal nak pergi semula, banyak lagi tempat tak terokai, bakal ulang balik percutian lepas ni, insyaAllah semoga dipermudahkan !

Dah lepas imigresen, cop passport semua, bolehlah keluar hirup udara Malaysia pula, 4 hari hirup udara Indonesia, haha, padahal sama je, situasi saja berlainan, hehe



Sebelum kami naik kapal terbang, dah mesej abang yang bawa Uber tu untuk jemput kami bila sampai, masih orang yang sama masa hantar kami dari KL Sentral 4 hari lepas

Semua dah kepenatan, lemau dah KK tengoknya, haha, perjalanan diteruskan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebab KK, Hanie dan Tun nak balik Kuantan terus

Sampai di TBS, beli tiket dulu, nasiblah ada mereka ni ajar KK beli tiket kat mesin tu, haha, tiket balik ke Kuantan RM 24.20, dah siap semua, masa untuk melantak !



Makanlah di KFC, semua lapar, KK sendiri pun sama, pukul 9 baru nak beratur, tiket bas pukul 10 malam, haha, dah lah orang tengah ramai

Cepat-cepat makan, risaunya terlepas bas kan, nasiblah sempat, tu pun nama dah dipanggil-panggil, diseru seru, berlari semua, haha, kelakar sangat masa tu

Alhamdulillah, selamat sampai di Terminal Sentral Kuantan (TSK) dalam jam 2 pagi, KK tunggu ayah ambil, dan balik dengan selamat

Berakhirlah sudah percutian KK selama 4 hari 3 malam di Medan, Indonesia, alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang, KK sangat bersyukur

Kalau ada rezeki lagi, bolehlah nak datang lagi kesini, tapi kena kumpul duit dulu, baru boleh cerita panjang, ni pun habis dah duit, kena kerja keras lagi

Terima kasih kerana sudi membaca sampai ke bahagian yang terakhir, mungkin ada lagi bahagian ke 15, haha, nanti kalau ada rezeki boleh pergi juga kan, hehe

2 ulasan:

  1. Alamak.. Sha baca dari belakang ye.. Xpelah.. Apapun Sha nak ucapkan jugalah selamat kembali ke Malaysia..

    BalasPadam