Followers !

Khamis, 13 Oktober 2016

Hadiah hari lahir KK !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, dah 22 tahun 1 hari umur KK pada hari ini, tak sangka sekejapnya masa berlalu dari kecil sampailah ke tua bangka ni, haha


Dah tua-tua ni jangan nak harap orang nak bagi hadiahlah, haha, kita bukan budak-budak dulu bersungguh nak bagi hadiah kan, haha, tua-tua ni beli hadiah sendiri, haha

Ya, KK beli sendiri hadiah ni, haha, nak tunggu orang hadiahkan kita bukan berkawan dengan orang kaya ye, haha, kumpul duit sendiri, dan beli sendiri baru puas hati

Jadi KK nak kongsi kegembiraan KK di blog untuk jadikan kenangan buat KK untuk tatapan KK pada masa hadapan, tiada sedikit niat pun nak menunjuk, kita bukan blogger hebat pun yang selalu dapat gadjet percuma kan, hehe, tapi KK tetap bersyukur dengan rezeki Allah


Alhamdulillah, KK dapat beli Oppo N3 dengan menggunakan duit gaji ditambah duit ikat perut, hahaha, hari-hari berjimat dan alhamdulillah cukup duitnya

Macam-macam dugaan nak dapatkan telefon ni, dengan tak tidur malam nya, hari-hari jenguk-jenguk oppo.com nak tengok ada stok ke tak, haha

Bukan selalu nak manjakan diri dengan hadiahkan diri sendiri perkara yang mahal kan, haha, bukan iPhone pun, telefon lama KK pun dah pakai 2 tahun lebih

Telefon yang sebelum ni pun beli sebab hadiah untuk diri sendiri juga, hadiah hari lahir KK yang ke 19 tahun, masa tu mula-mula kerja, jadi terus beli telefon, kumpul juga 3 bulan gaji


Alhamdulillah, pada tanggal 12/10/16, dapatlah si putih ni jatuh pada hari lahir KK, tak sangka cepat betul sampainya, KK order pada 11/10/16, esoknya dah sampai

Memang betul hadiah hari lahir yang paling bermakna buat diri KK, lama dah nak beli nya, tapi duit menjadi kekangan, biasalah kita ni banyak komitmen kan, bayar hutang sana sini

Xiaomi Redmi Note KK dah selamat jumpa tuan baru dia, KK dah jual, sayang sebenarnya tapi buat apa pakai banyak-banyak kan, jual saja darinjadi pekasam, hehe

Maaf, tak ada gambar telefon, sebab tengah guna telefon tu sekarang, haha, gambar -gambar ni diambil menggunakan Oppo N3 itu sendiri, cantik kan gambarnya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan