Followers !

Khamis, 20 Oktober 2016

Ikan masin + Kacang buncis


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Untuk malam ni kita makan makanan ala-ala kampung, macam orang tua sikit, almaklumlah KK dah tua, haha, selera pun dah macam orang tua


Sebab pagi tadi, kawan KK beritahu yang dia masak kacang buncis goreng, siap gambar tengok terliur pula kan, haha, masih tak boleh nak tahan air liur ni

Tak perlu nak tunggu esok, malam terus KK pergi TMG beli kacang buncis, goreng tumis biasa saja, dan untuk penambah perasa, goreng ikan masin 2 ekor

Ya Allah sedapnya, makan kering tak berkuah pun jadilah, KK makan saja belaka, haha, jenis tak kisah sangat, asal perut ni kenyang, nasi pun habis sepinggan, haha

Sekian menu KK untuk malam ni, selamat menjamu selera semua !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan