Followers !

Jumaat, 9 Disember 2016

Bertukar sementara ke Jerantut


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Minggu lepas KK sebenarnya ditukarkan ke cawangan Jerantut mengantikan staff disana bercuti secara kecemasan, dan KK harus bergegas ke sana selama 2 hari


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Kuantan, kaki ni naik lenguh, KK tak biasa pandu kereta jauh-jauh ni, tawakal sajalah dengan doa

Alhamdulillah sampai dengan selamat, dan KK harus bekerja disini selama 2 hari, iaitu Selasa dan Rabu, Jerantut ni cawangan baru, dalam sebulan lebih saja


Inilah peneman KK selama dua hari di Jerantut, Kakcik lah tolong tunjukkan kedai, bawa pergi makan, tunjuk tempat tidur, banyak kakcik tolong KK disana

Kakcik ni adik kepada pengurus KK, kakcik memang menetap disana, tak ada lah terkapai-kapai KK seorang diri ditempat baru, terima kasih kakcik !

KK sekarang kembali bertugas di Kemaman semula, kembali ke tempat asal, haha, penat juga seorang diri 3 jam pandu kereta, lepas ni tak nak dah, haha, kalau nak ganti staff mohon cari orang lain tau, jangan cari KK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan