Spice of My Life

Followers !

Halaman

Sabtu, 16 Disember 2017

Contoh Resume Lengkap 2017


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Rasanya dah bertahun KK tak perbaharui resume yang sedia ada, bila tengok balik rasa macam buruknya, haha, langsung tak menarik hati kali ni kita tukar sikit


Untuk resume lengkap ni, KK nak tegaskan, ini bukan resume terbaik dan baik, cuma sekadar dari pandangan KK dan paling mudah nak buat, cuma dua muka surat

Kali ni KK cuba tukar resume dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris, dan cuma ada 6 bahagian yang diringkaskan, sebab resume tak elok banyak-banyak

Muka Surat 1


Untuk muka surat pertama, kita bahagikan kepada 3 bahagian, biodata, sejarah pendidikan dan pengalaman kerja

1) Pengenalan diri/ Biodata
  • Nama
  • No. kad pengenalan
  • Tarikh lahir
  • Alamat
  • Warganegara
  • Status
  • No. telefon
  • Email
  • Gambar (sebelah kanan)
2) Pendidikan
  • Paling atas paling terbaru, contoh Diploma, SPM, dan PMR dan sebagainya
  • Masukkan dua atau tiga sahaja
  • Nama sekolah dan keputusan peperiksaan
  • Kalau baru habis SPM, masukkan nama sekolah sahaja dan seterusnya PMR

3) Pengalaman kerja
  • Mulakan dengan jawatan, nama syarikat dan tugas-tugas kerja yang dilakukan
  • Terangkan serba sedikit tentang skop kerja yang dilakukan agar bakal majikan faham
  • Kalau lepasan SPM dan tiada pengalaman kerja, boleh tinggalkan bahagian ini

Muka Surat 2


Untuk muka surat kedua juga, kita bahagikan kepada 3 bahagian iaitu kokurikulum dan pencapaian, skil dan rujukan bagi bakal majikan

4) Kokorikulum/Pencapaian
  • Mula dengan yang tertinggi dan ikut tahun, masukkan 2-3 sekurang-kurangnya, lebih lagi baik tapi jangan terlalu banyak
  • Jika ada pencapaian tempat, boleh masukkan dalam kurungan, boleh rujuk gambar diatas
5) Skill
  • Bahagian ni boleh dikatakan untuk ruangan kelebihan diri sendiri
  • Skil kebolehan diri contohnya berenang, memasak atau pernah daki gunung Everest 
  • Seeloknya masukkan skil komputer yang biasa contohnya Word, Excel, Photoshop
6) Rujukan
  • Kalau perlu boleh tulis maklumat bekas majikan yang sepatutnya
  • Kalau tak nak tulis pun tak apa, tiru saja ayat KK dalam gambar tu
  • Kalau lepasan SPM, tak tulis pun tak apa, kalau nak tulis boleh masukkan nama guru kaunseling atau sebarang guru berkenaan

Baiklah, ini sajalah boleh KK kongsikan, setakat ini bolehlah nak tukar-tukar resume tu, boleh hiaskan lagi, tapi seeloknya kosong dan kemas rapi

Selamat berjaya semua !

3 ulasan:

  1. Hello boleh share tak link untk format ni? Nnti tinggal edit je? Boleh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf, sebabnya saya tak ada soft copy, cuma ada PDF

      Padam
  2. Hai...sya nk buat resume tapi sya xtahu...boleh x tunjukkn macam mana cara nya

    BalasPadam