Spice of My Life

Followers !

Halaman

Rabu, 10 Januari 2018

Mendobi di jam 3 pagi!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Biar betul pergi dobi jam 3 pagi ni? mengigau ke apa si KK ni, hehe, betullah, KK sekarang tengah cuci pakaian kat dobi


KK sebenarnya baru balik kerja, jadi alang-alang sebelum balik tu singgah dobi untuk cuci baju yang dah bertimbun, simpan lama-lama pun bukan jadi wangi semula

Nak keluar siang KK ni malas, jadi masa macam ni sajalah curi sikit untuk membasuh apa yang patut, esok senang tak perlu nak berkejar ke sana ke mari

30 minit membasuh dan 30 minit untuk mengering, sama-samalah kita menanti dengan penuh sabar dan istiqomah, hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan