Spice of My Life

Followers !

Halaman

30/10/2020

Selesai

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejshtera,


Alkisah ni sebenarnya bersambung dari episod hari Rabu lepas, tapi KK tak cerita sebab nanti cerita tergantung, haha

Rabu baru ni lepas KK balik kerja, KK ada pergi ke satu kedai cermin mata, sebab terlihat promosi di facebook, macam tertarik sebab cermin mata KK pakai ni dah lama

Lagipun KK dapat duit BPN untuk bujang tu kan, alhamdulillah, adalah duit sikit nak buat cermin mata baru, yang murah saja

Datang malam tu, jumpa yang berkenan dah, tapi bila semak mata, nampak perbezaan sangat pada kenaikan rabun, sebab dibandingkan dengan cermin mata sedia ada, ketara tinggi



Jadi atas cadangan optometris, KK perlu datang untuk semakan semula, mungkin sebab mata KK penat, baru balik kerja kan, kita dah pakai dari pagi mata kita, mungkin penat

KK pun datang balik pagi tadi, bila buat semakan semula, ternyata tak tinggi pun, sama saja tahap rabun tu,  cuma ada naik sikit bahagian silau, alhamdulillah

KK pun teruskan dengan tempahan, mujur dah pilih siap-siap, datang harini sekadar nak semak mata dengan pembayaran sahaja

Selesai semuanya, KK cuma tunggu untuk cermin mata siap, nanti pihak kedai akan telefon KK untuk makluman, nanti KK akan kongsi gambar bila siap, hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan