Harini dapur KK cuti, tak masak sebab malas, hari-hari masak sampai tak tahu nak buat lauk apa, sampai buntu KK dibuatnya, barulah kita dapat tahu perasaan ibu-ibu kita pening hari-hari nak masak
KK ni kalau ke pasar malam, tak lain tak bukan beli mee goreng kuali tu, lepas itu beli pula ayam goreng, kalau tak cukup beli lagi keropok sagu, haha, begitulah selalu
Nak campak semula sesi menambah lemak bersama sahabat KK iaitu Arif, dia ni makan banyak pun badan tak naik, kalau KK ni makan lebih sikit nak sama dengan tong dram dah, hahaha, badan cepat naik
Al-kisah KK bercuti tiga hari lalu, sempatlah nak buat acah-acah kejutan kat seseorang tu, biarpun hari lahir dah berzaman, nak juga buat sambutan walau kecil sekalipun
Harini baru nak bersiaran, semalam entah kenapa data ni sangat perlahan, sabar jelah ye, nak bersiaran pun tergedek-gedek, sakitnya hati, baru harini data laju sikit
KK ni beria sangat beli hadiahnya, iyelah kan orang nak kahwin, kita pula terlebih teruja membeli hadiah, lagi-lagi sepupu sendiri kahwin, lagilah nak melantak
Disebabkan kita malas nak masuk dapur, kita beli saja senang, telefon dan tunggu makanan tu sampai, dan jangan lupa menkedarah, hahaha, baca bismillah dulu
Harini KK baru masak, dua hari tak masak sebab tak sihat, entahlah kenapa dua tiga harini tak berapa nak sihat badan ni, mengada sangat, dah lama tak demam kan
Tiba-tiba KK teringat ada cendawan kat dapur yang masih mentah, datang pula idea nak buat celup tepung bila dah lapar ni, apa lagi terus ke dapur panaskan minyak
Dah lama rasanya tak acah-acah selfie ni, haha, KK ni jarang nak berswafoto, malu kalau seorang, kalau ramai-ramai KK akan jadi nombor satu, haha, depan sekali
Akhirnya KK dapat memenuhi selera yang telah lama terbantut, haha, dari minggu lepas nak buat bolognese, baru harini dapat tercapai, sedih rasa baru dapat makan
KK sekarang memang tengah gila membeli buah mangga ni, haha, hari-hari mesti makan sebiji, simpan dalam peti, dah sejuk baru makan, barulah terasa nikmat tu
Sebenarnya sedih di pagi hari, apa yang nak buat jadi lain, haha, KK dari semalam cakap nak buat spagetti harini, tapi tak jadi kena masak benda lain, huwaaa
Harini kita masak sardin saja, entahlah kenapa jadi termasin pula sardin tu, rasanya letak sikit saja garam tadi, tak pakar lagi ni bidang masakan, haha
Selesai satu urusan berkaitan kereta, tiap bulan KK akan ke Majlis Perbandaran Kemaman ni nak cari jodoh, haha, tak lah, nak beli tiket parking bulanan MPK
Teruk benar bungkusan tu, haha, dengan tanda harga lagi, riben pun tak siap, mohon jangan suruh bungkus hadiah lepas ni, haha, nasib tulisan tu lawa juga, hehe
Sebenarnya niat asal tadi nak beli nasi bungkus kat kedai, mula-mula lah, dah pergi ambil barang, singgah beli lauk esok, sampai ke bank, datang pula malas
Harini KK tak masak, sebab spagetti semalam ada lagi lebih, jadi KK panaskan tu saja dan makan sampai tenggahari tadi, nak sampai ke malam lapar juga, haha
Bila bosan ni kerjanya nak makan saja, asyik-asyik makan, sikit-sikit makan, mulut ni nak mengunyah saja, kalau boleh kunci dah lama kunci mulut ni, haha
Langit tak selalu cerah, laut tak selalu bergelora, begitulah juga dengan diri kita ni ada masa sihat, ada masa juga nak buat sakit, itulah lumrah kehidupan