Halaman

19/08/2012

First day Eid :(

thanks to my photographer ! 

Assalamualaikum ,

Selamat hari raya kepada semua ! macam mana raya pagi tadi ? happy ? gempak ? meriah ? mesti macam2 makan kan ? iye lah kan , sebulan menahan lapar dan dahaga , akhirnya dapat juga merasa segala juadah yang selama ini tertahan dari hawa nafsu , sama lah dengan kimi , semua makan , hehe ! pagi tadi rasa kekok pula , tiba-tiba makan pagi2 , puasa kan makan lepas azan maghrib , rasa janggal still ada .




Duit raya ? mesti semua dapat banyak kan ? semua buat2 muka 10sen dekat tuan rumah sebab nak minta duit raya , hehe , family kawan kimi , semakin bertambah umur , semakin bertambah duit raya , tapi family kimi tak macam tu , mesti tengah-tengah kira duit raya ni . kira elok2 jangan hilang sudah .






Raya kimi tahun ni , rasa hambar saja , tak tahu lah kenapa , tapi memang kimi tak ada feel excited nak raya , kimi pun baru perasan masa tengah hari tadi , tiba-tiba rasa macam kosong saja jiwa , macam tak rasa apa-apa , macam tak ada perasaan pun ada , haha , tapi macam tu lah . kosong , kosong , kosong .

Mungkin antara faktor :



1) Budak-Budak .

Kebiasaannya , kimi akan bangun awal , pukul 8 tu mak dah kejutkan bangun , pagi2 memang kimi sibuk melayan budak-budak datang raya , angkut kuih , buat air dan sebagainya sampai lah semua balik , memang kimi settle kan , tapi pagi tadi , riuh-rendah budak-budak  tak dengar pun , kalau dengar pun , kadang2 saja , memang rasa janggal sebab tiap-tiap tahun memang keriuhan tu memang dirasai .




2) Kawan-Kawan .

Lepas SPM , semua bawa haluan masing2 , jadi semua tinggal jauh2 , raya tahun ni , kalau ada yang balik pun , balik kampung masing2 , ada pula yang tak balik , lepas tu , ada juga yang pindah randah , susah dah sekarang ni nak jumpa , tak macam masa dekat sekolah dulu , sikit2 jumpa , lalu sini jumpa , lalu sana jumpa , sekarang ni kawan-kawan dah kurang , nak round kampung masa raya ramai2 naik motor pun susah ! i miss you a lot friend .




3) Persiapan Raya .

persiapan raya kimi tahun ni pun biasa2 saja , tak macam tahun2 lepas , abah bagi bajet sikit sangat , jadi masa nak shopping pun kena selalu tengok harga , jadi kena berjimat cermat , kadang2 kimi tengok orang lain raya sakan , 2-3 ratus tu mainan saja , kimi ni , tengok saja lah , tahun ni , kimi just beli baju melayu sepasang , contact lens je , selipar ingat nak beli , tapi saiz tak ada , pakai selipar jepun saja , seri raya dah tak rasa , nampak orang lain happy saja , tapi walau apapun , kita kena bersyukur .


smart kan sampul duit raya ni ! like <3

4) Duit Raya

tadi just dapat RM5 dari saudara dan RM2 dari mak si F, sedihnya lah , orang lain dah penuh poket dengan duit raya , parent pun tak bagi , masa kecil2 dulu , suka sangat pergi jalan2 raya , masuk rumah ni , masuk rumah itu , balik rumah kira duit raya , masa kecil2 dulu suka lah buat macam tu ,  tapi sekarang dah lain , dah tua , mana lah nak dapat , mmmm , rindu masa kecil2..




maybe yang tu antara faktor2 yang membuatkan kimi rasa kosong , memang lepas beraya di rumah F dan E tadi , terus balik rumah dan tengok tv sampai malam , dari cerita Magika tv3 sampai cerita Bedah Tong Gas tv9 , lepas tu terus online , bff call , dia cakap maybe dah besar , sebab tu rasa hambar , kimi pun rasa macam tu , dia pun raya dengan family dia hari ini , so , tak datang la rumah kimi .


bersama ashrul a.k.a bobby ! rindu sangat dekat dia 

Walau apapun suasana hari raya anda semua hadapi , bersyukurlah bahawa anda masih boleh bernafas di hari lebaran yang mulia ini , mungkin ada daripada kita sudah menghadap ilahi dan tidak berpeluang bertemu lebaran kali ini , walaupun hari raya hari ini hambar bagi kimi , mungkin esok ada sedikit kemanisan berhari raya yang mungkin Allah anugerahkan kepada kimi , mungkin  Allah mahu menguji kimi pada hari raya pertama ini , ok lah , selamat berhari raya maaf zahir batin , bye <3


keyme , fanny , anis , erra 


Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Batin <3



Tiada ulasan:

Catat Ulasan