Assalamualaikum ,
Hari ini kimi nak cerita pasal MPPT6 , apa itu MPPT6 ?
MPPT6 adalah singkatan kepada Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 , program ini dibuat setahun sekali untuk pelajar tingkatan 6 melatih diri mereka menjadi pemimpin . Di sekolah kimi memang sudah lama ada program macam ni , setiap tahun bulan 7/8 selepas beberapa bulan budak lower 6 masuk , program ini memang dijalankan untuk menggantikan tampuk pimpinan yang lama .
Tapi kenapa kimi nak cerita pasal MPPT6 pula ? Kimi ada sebab nak cerita pasal ni , kerana kimi menjadi salah seorang calon MPPT6 ni , calon tahun ini 22 orang yang mahu merebut 12 kerusi , boleh bayangkan nanti 10 orang akan tersingkir , macam AF lah pula , hehe , tapi itu lah realitinya .
Sebenarnya pada mula-mula memang tak nak masuk , tapi lepas fikir nak merebut jawatan Setiausaha , cuba nasib lah , kelas kimi 6 orang bertanding , kelas yang paling sedikit bilangan pelajar di tingkatan 6 rendah tetapi paling ramai menyertai MPPT6 ni , pelik kan ? tapi fakta ! kimi tak sangka juga akan bertanding dengan rakan sekelas sendiri , tapi nasiblah jawatan yang di pohon berlainan .
Sebanyak 12 kerusi akan dipertandingkan ,
- Yang Di-Pertua (YDP)
- Timbalan Yang Di-Pertua
- Setiausaha
- Penolong Setiausaha
- Bendahari
- Penolong Bendahari
- Pengerusi Biro Akademik
- Penolong Biro Akademik
- Pengerusi Biro Ko-kurikulum
- Penolong Biro Ko-kurikulum
- Pengerusi Biro Sosial & Kemasyarakatan
- Penolong Biro Sosial & Kemasyarakatan
Kimi mohon jawatan no 3 tu , tak dapat no 3 , no 4 pun jadilah , so kepada tasya (calon s/u), thibaan (calon YDP), marni (calon biro koko), danial (calon biro sosial & kemasyarakatan) dan bawani (calon *oppss , saya lupa , sorry bawani ) , walaupun kimi dan tasya bertanding kerusi yang sama , tetapi kita orang bertanding secara sihat , siap tampal poster sama-sama lagi , kempen sama-sama , tapi tak apalah , kawan kan , tak akan disebabkan benda ini sampai nak putus kawan , btw to another candidate , good luck .
Sebenarnya yang tak bestnya , cara undian adalah macam pilihanraya yang sebenar , jadi seorang pengundi kena undi seorang calon sahaja , jadi persaingan di kelas kimi memang sengit . Kalau kelas lain , 1 orang atau 2 , paling ramai pun 3 macam tu , kelas kimi sahaja pecah rekod . Cikgu-cikgu f6 pun dibenarkan mengundi sekali , susah lah nak tackle cikgu ni , mmm, redha je lah .
Tarikh mengundi jatuh pada tarikh 8/8/2012 bersamaan rabu minggu hadapan , rasa berdebar tak payah nak cakap lah , tak senang duduk jawabnya , dalam kelas sendiri pun dah bersaing , ni apatah lagi masa di luar , risau tak boleh nak raih undi , poster tak payah nak cakap la , bersepah 1 bangunan form6 tu , macam jual muka dah , dalam board kelas , dinding tangga , info board , bersepah-sepah , terpaksa jual muka sekejap, sebab upper 6 tak kenal kita kan , terpaksa la jual muka untuk raih undi .
Ada satu hari tu memang nak quit , tak nak join MPPT6 , tanya arif , arif cakap go on , meera pun sama , and then tanya tasya , dia cakap .
"Aku rasa better kau maintan je . Kita join just for fun . Kenangan dekat Form 6 . Menang kalah belakang cerita . Yg penting usaha kau nak menang . Kalah pun , biarlah kalah bermaruah. Biar orang rasa pelik kalau kita kalah , jangan buat orang pelik kalau kita menang."
Selepas dengar kata-kata melalui sms hari itu , kimi rasa semangat balik , sebab sudah separuh jalan , tak kan nak berhenti tengah-tengah jalan , jadi kimi ambil jalan terbaik dengan meneruskan untuk terus bertanding hingga hari rabu ini . Doakan kimi dan kawan-kawan kimi . Terima kasih , bye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan