Assalamualaikum ,
Alhamdulilah , exam STPM penggal 1 dah habis , lega sekejap otak , tadi balik sekolah , apa lagi jerit lah sekuat - kuat hati , suka sangat , *bukan habis lagi pun , 2 exam lagi , hehe .
Tuhan saja tahu macam mana perasaan budak2 STPM sistem modular tahun ni , kalau baca dekat group fb STPM PENGGAL 1,2,3, tu , macam2 dia orang komen , ada yang cakap susah , ada pula yang cakap soalan exam yang masuk tak pernah belajar , kimi mula -mula ada pelik dan tak sangka , tapi memang betul pun bila kimi tengok soalan p.perniagaan , terkejut kimi , memang tak pernah belajar !
Apapun , kimi nak kongsi komen kimi di group STPM PENGGAL 1,2,3 sepanjang exam , *sempat online tu , hehe ...
Hari Pertama : 5/11/2012 (ISNIN) : PENGAJIAN AM !
Komen : Memang tidak dijangka ! dalam banyak-banyak skop kimi dapat , 1 habuk pun tak masuk , nak nangis rasa , tobak pong ! ramai juga pelajar cakap macam tu , susah !
Hari Kedua : 6/11/2012 (SELASA) cuti ! tak ada paper hari ni ! yeehaaa ! :)
Hari ketiga : 7/11/2012 (RABU) : BAHASA MELAYU DAN P.PERNIAGAAN !
Komen : Hari ni la kimi rasa berat sikit , sebab 2 subjek dalam 1 hari , nasib la pagi tu bm dulu , itu dah debar sangat2 dah , thanks to cikgu rosnahni sebab tunggu kitaorang masuk exam sampai habis exam thanks a lot cikgu , cikgu azizah pun sama , terima kasih , p.p memang tidak dijangka-jangka sama sekali , soalan memang terbaik la wa cakap kat lu an ! *cakap KL la pula , hehe .
Hari Keempat : 8/11/2012 (KHAMIS) : SEJARAH !
Komen : soalan sejarah agak mudah , tapi kimi memang tak boleh buat , sebab kimi tak baca , dari semalam baca feudal saja , yang lain tak tekankan , kan dah menyesal tak guna .
itu lah segala luahan hati kimi apabila exam penggal 1 ni , sememangnya jujur kimi katakan , yang kimi memang tak bersedia 100% untuk menghadapinya , bila tengok2 balik , keputusan untuk repeat paper cerah memancar untuk kimi , tapi walauapapun , kimi sememangnya tak nak ulang , biarlah ini menjadi yang pertama dan terakhir untuk kimi , mudah-mudahan , insyaallah , bye :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan