Ambil dari FB Kak Yah , hehe |
Assalamualaikum ,
Kimi cuma nak update pasal hadiah kimi untuk pembantu pengurus kimi kat Sakan , iaitu Kak Yah , baik dan peramah orangnya tau . itulah hadiahnya yang kimi beri .
Hari jumaat kimi cuti kan , jumaat minggu lepas , jadi berkesempatan nak buat Bunga Seroja , ajak si meera buat sekali , kimi buat 1 adunan saja , malas buat banyak2 sebab malas nak membentuknya , jadi 1 adunan lah jawabnya .
Lepas puas membentuk dan membakar , dapat la dalam 40 biji , lepas tu , packing untuk kakyah sikit , dan staff Sakan yang lain , yang lebih untuk makan2 kat rumah .
Esoknya , kimi bawa untuk staff Sakan yang lain , diaorang cakap sedap dan nak lagi , alhamdulilah , tapi kalau bab nak lagi tu , kimi tak boleh tolong lah , sebab terhad , hehe .
Nak resipi ? klik sini ---> Bunga Seroja !
Staff dan kawan2 yang lain ada juga bagi hadiah :
hadiah2 lain |
Insyaallah , nanti kalau berkesempatan lagi , kimi buat lagi , insyaallah :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan