Halaman

19/01/2013

10 Cerita Menarik tentang Keyme Keymoo !




Assalamualaikum ,

Hari ni kimi nak kongsi 10 cerita tentang kimi , mungkin ada di antara blogger nak kenal dengan lebih dekat , walaupun tak bertemu muka , sekadar di alam maya cukup :)

Mungkin apa yang kimi ceritakan akan membuat anda terkejut dan tidak menyangka siapa kimi sebenarnya .





 .: 1:. Suka warna pink ?

Sebenarnya kimi tak berapa minat warna ni , masa kecil2 dulu , kimi suka warna biru 
baju , beg , bantal , tuala , pencil case , dan segalanya warna biru , 
bila dan besar ni , mula dari umur 16 , dah minat2 warna pink , 
haha , kelakar kan bila lelaki suka warna ni :)


.: 2 :. Ramai kawan perempuan ?

Jujur kimi katakan yang kimi ramai kawan perempuan ,
kalau dikelaskan boleh dikatakan 80% kawan perempuan dan lagi 20% kawan lelaki sahaja .
Memang dari tadika lebih selesa berkawan dengan girl ,
sampai sekarang . Jadi tak hairan kalau nampak kimi berkepit
sebab yang pasti itu bukan girlfriend ! hehe


.: 3 :. Suka baking ?

Sejak azali kimi memang suka buat kek atau kuih
memasak memang kurang , tapi kalau bab2 baking
insyaallah kimi boleh , mungkin dari darah ma kimi mungkin
sebab dia pun suka juga ,  buktinya ?
boleh tengok kat ---> SINI


.: 4 :.  Pernah lemas ?

Memang ini kenangan yang paling pahit dalam hidup kimi ,
masa tu kimi darjah 3 , lemas kat pantai ,
orang cakap Allah dah bagi peluang ke-2 untuk kimi ,
1 minggu di ICU , lepas tu 10 hari wad biasa ,
seksa sangat duduk kat hospital . makanan tak sedap
hari2 masuk air dalam badan , bosan sangat2 .


.: 5 :. Ada 2 mak ?

Sebenarnya kimi dari kecil duduk dengan kakak kepada mak ,
lepas pantang terus mak hantar suruh kakak dia asuh ,
sebab mak dan ayah kimi berniaga kan , susah nak bawa .
jadi kimi tinggal dengan "mak" sampai darjah 6 ,
sebab dah selesa, kimi panggil dia mak , suami dia ayah .
dari rumah dia kayu sampai rumah dia batu ,
dari anak dia tak kahwin , sampai anak dia kahwin ,
masa form 1 , ma kimi dah hambat balik rumah
dan sampai sekarang , jadi kimi ada "mak" dan "ma".


.: 6 :.  Pakai Gaun ?

Ni satu cerita lawak juga ,
sebenarnya dari kecil mak kimi cerita , yang kimi
suka pakai baju gaun kakak kimi , setiap kali kakak kimi beli baju baru
mesti kimi nak pakai , kalau tak bagi mesti kimi nangis ,
haha , kelakar pula , tapi itulah realitinya ,
sekarang dah tak ada , dah besar :)


.: 7 :. Gentle ?

Ni satu lagi isu , kimi memang dari kecil lembut
jalan pun melenggang , macam2 dah cuba ,
tapi susah juga nak ubah , sebab memang dari kecil macam tu ,
tapi bukan lembut tahap sotong ! itu melampau .
haha , tapi jujur cakap , susah nak sorok .
kimi pun dalam proses mengubah diri jadi lebih baik .
tapi nak buat macam mana , ketentuan Illahi .
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya ! :)


.: 8 :. Mulut ?


Walau pun kimi ni lembut , tapi mulut jangan dicabar ,
sebab kimi memang serius , kalau bab2 kutuk , perli kimi
siap lah , nak kena dengan mulut pedas kimi , buat lah ,
hehe , tapi memang betul , kimi memang mulut agak lancang .
ramai orang tak sangka kimi macam tu , tapi jangan cari pasal
air yang tenang jangan disangka tiada buaya


.: 9 :. Ganas ?

Mesti gelak kan ?
Tadi cakap gentle , tapi cakap ganas pula ? haha
sebab kimi memang ada pengalaman ganas ni , tapi bukan bertumbuk lah
teruk sangat tu , masa sekolah rendah , ada seorang budak lelaki
dia kutuk2 kimi , kimi kejar , takkan nak biar saja
lepas kejar dah dekat , kimi ketuk dia dengan batang penyapu .
(2)
sekolah menengah , kimi pengawas , jadi ada budak tu buat kes
jadi nak tulis nama tak nak , dia lari
bila dah lari , apa lagi , kimi kejar la ,
lepas tak sempat kejar  , nampak la pula penutup tong sampah yang hitam tu ,
ambil dan baling macam piring , nasib tak kena ,
kalau kena , berdarah la kepala , haha , ganas tak ?
(3)
Lagi satu , masa perkhemahan kat sekolah , kimi jadi penghulu
ada seorang classmate kimi dia nak tidur tengah2 antara kimi dan bff kimi ,
tak kisah la , tapi bila orang nak tidur , dia buat bising, buat macam orang r**ol dia,
padahal tak ada apa2 pun , lepas tu kimi geram ,
kimi tumbuk muka dia ! dari tepi kena kat pipi , lepas tu
terus diam dan tidur , pagi esok dia cakap gusi bengkak ,
haha  , ganas tak kimi ? jadi , "jangan pandang ku sebelah mata" hehe.


.: 10 :. Merokok ?


Kimi tak pernah merokok , walaupun sekali
tapi masa kecil dulu , dalam umur 13 tak silap ,
pernah ambik rokok atuk yang daun tu , gulung dengan abuk tu ,
lepas hisap , terus batuk , lepas dari itu , memang tak pernah sentuh
orang banyak suruh hisap rokok , tapi kimi tak nak
actually , semua family kimi pun tak pernah merokok ,



ok , itu sahaja serba sedikit tentang diri kimi , mungkin ada yang tidak percaya , tapi itulah realitinya :)


2 ulasan: