Halaman

08/02/2013

My "Jewel" = Modenas Kriss MR1 !


Assalamualaikum ,

Seperti yang dijanjikan , kimi nak memperkenalkan "permata" hati kimi yang baru , huhu , happy sangat-sangat , iaitu motor baru ! mak yang beli , kimi yang pakai , haha , motor biasa-biasa sahaja .


Sebenarnya memang dah lama , kimi minta motor ni , tapi baru sekarang tercapai hajatnya , tapi tak apalah , penantian itu satu penyiksaan , tapi berbaloi sangat-sangat !

Beli hari Jumaat lepas (1/2/2013) mak kimi hutang saja , Bayar muka RM1550 , bulan-bulan bayar RM135, tapi ambil hari Isnin , sebab hari jumaat tak sempat siap , sabar saja .

huuwaaa ! nak warna ni !
Sebenarnya , masa kimi beli , kimi nak warna merah , cantik sangat , mengancam tau warna dia , tapi dapat warna biru , sebab yang merah tu ada problem sikit , masalah apa ntah , sabar saja , tapi kimi nak warna merah ! sedih sangat , tapi mungkin tak ada rezeki . yang kelakar motor warna merah tu sebab no. pendaftaran P , no. belah Pulau Pinang , tapi kimi tak kesah , yang kimi suka sebab no. ada 3 digit .

Bila dapat yang biru ni , no.plat W pula , belah wilayah , kelakar rasa , tanya orang kedai tu , dia cakap no.plat lama ada orang dah beli , jadi digantikan yang baru . smart juga la no. yang baru ni .


Macam-macam dugaan bila nak beli motor ni , tapi selepas dah dapat , alhamdulilah , segala masalah sebelum ni selesai

Sebenarnya kimi bukan nak membebankan mak ayah kimi , sebab diaorang pun banyak hutang , tetapi jikalau dilihat keadaan kimi memang memerlukan , memang perlu ,

Motor ego tu , memang adik kimi pakai , kadang2 berebut , kimi pula sekolah jauh di bandar , kalau ada kelas tambahan , susah la sikit , mak ayah kerja ,

Lagipun kalau kimi nak beli peralatan sekolah , senang ada motor , kimi pergi beli sendiri , nak suruh mak ayah kimi memang susah , sebab diaorang kerja , kimi tak nak susahkan semua ,

Kadang-kadang kimi pergi ambil kakak kimi balik kerja , kalau tak ada orang nak ambil dia , jadi dengan membeli motor ni , beban dapat dikurangkan , mudah - mudahan , insya Allah .


senyum kambing !
Ok la , marilah kita melihat sedikit spesifikasi motor ni , motor ni sebenarnya hasil cetusan idea Modenas untuk membantu rakyat Malaysia yang tidak mampu *macam kimi :) , sebab tu namanya MR1 = Motor Rakyat 1. Hadiah Modenas kepada rakyat Malaysia yang terus menerus menyokong Modenas.

Engine
Type4-stroke single cylinder SOHC
Bore X Stroke50.0 x 49.5 mm
Displacement97.2 cc
Compression Ratio9
CarburetorSPACO AV18-P
Ignition SystemMagneto - CDI
Starting SystemKick and Eletric Starter
Cooling SystemAir Cooled
LubricationForced Lubrication Wet (Capacity 0.9 liter)
Fuel Tank Capacity4.3 liter
Fuel Consumption46.2 km/liter @ 80 km/h
Transmission
Type4-Speed Rotary Gear System
ClutchCentrifugal
Primary Reduction Ratio4.058
Final Reduction Ratio2.71
Driving SystemChain
Chassis
TypePipe Backbone
Front SuspensionTelescopic Fork
Rear SuspensionTrailing Swing Arm
Front BrakeDrum
Rear BrakeDrum
Electrical System
Battery12 V 5 Ah


Hasil dari : Modenas.com.my

Maklumat lebih lanjut dari segi harga , warna dan lain-lain boleh klik SINI.



Jadi kimi nak beritahu kat sini kelebihan dan kekurangan motor ni dari segi kaca mata kimi la yang baru pakai 5 hari ni .

#Kelebihan :-

kedudukan starter

1) Starter 

Motor ni memang dah ada starter , macam sesetengah motor kalau nak pasang kena bayar , tapi motor MR1 ini , tak payah , memang sedia ada , jadi pendapat kimi , motor ni sesuai untuk orang tua atau warga emas , jadi tak perlu nak start guna kaki , senang dan mudah .

2) Petrol

Motor ni sangat jimat minyak , kimi naik motor minyak full , pergi balik sekolah selama 4 hari ni , jalan2 pergi kedai , masih  ada lagi , alhamdulilah , jadi kepada penjimat petrol diluar sana , dicadangkan sama sekali untuk membeli motor ini .

3) Harga

Semua pasti tahu motor ni memang murah , sebab itu namanya motor rakyat , harga RM 2,948.00 (tidak termasuk roadtax & insurans) , tapi kalau yang berhutang macam kimi , mahal la sikit :)


Sales Price (excluding roadtax and insurance)

is only valid for Peninsular Malaysia :-RM 2,948.00 (dual starter)


*Price shown is Sales Price (not including Roadtax & Insurance)
*Please contact the relevant MODENAS Authorised Dealers.


4) Rekabentuk :-


Bagi kimi , reka bentuk motor ni simple dan nice , sebab design tak la serabut mana , memang sesuai dan ekonomi , kimi suka , corak pun ok , tak la macam motor dulu2 , kalau biru , semua biru , kalau macam motor ni , ada strip2 , nice bagi kimi , tak la nampak macam model lama , tak begitu ?

5) Ekzos



Lagi satu kimi perasan kelebihan pada MR1 ni ekzos dia , bagi kimi smart tau , sebab ekzos dia bersadur cat hitam , sebenarnya kimi tak tahu nak cakap macam mana , tapi ekzos dia warna hitam dan ada cover lagi kat luar , smart sangat dan ekzosnya kecil , halus saja , haha . Kalau perasan , motor lain , ekzos biasa saja , yang besi tu , dah lah tak ada cover macam MR1 dan cepat berkarat , tapi MR1 ni ekzos lain , jadi kalau nak berkarat tu susah la sikit .

#Kekurangan:-

1) Berat

Motor MR1 ni agak berat , tapi bagi orang2 muda tak berapa berat , jadi kurang sesuai kepada wanita yang lemah *konon , haha , tak lah , tapi bila dah drive , rasa ringan , macam biasa

2) Tiada ruang

Kalau nak tahu , bawah tempat duduk motor ni , memang tak ada ruang langsung , sesetengah motor ada kan , kadang2 tu helmet sebiji boleh letak , tapi motor ni tak ada , harap maklum .

3) Penyangkut helmet

Bawah seat biasanya ada penyangkut helmet , motor ni cuma ada 1 sahaja , kalau ada helmet 2 , kena letak tempat yang sama , susah la sikit , masa nak tutup seat tu kena tekan sikit.


Ok , mungkin itu saja setakat yang kimi tengok berdasarkan pemerhatian kimi terhadap motor ni , tapi motor ini memang disarankan kalau nak pakai hari2 , pergi balik pejabat , nak jalan2 , atau memang nak jimat bajet , tapi nak pakai motor , bolehlah ke kedai motor berdekatan dan memilih motor ini , hehe , promote pula ye , hehe .

Eh , lupa satu lagi , FREE GIFT ! orang Malaysia memang suka free gift kan , haha , sama macam kimi , jadi masa beli motor ni , dapat lah sikit free gift , hehe

helmet
helmet ni mak yang pilih , nak gelak rasa , haha , mak cakap , "biar lah helmet biru , sama warna dengan motor" , aduii , mak , mak , sabar jelah , haha , 1 set katanya , haha , yang kimi suka sebab ada visor !

baju hujan
baju hujan , senang , baju hujan ni ada baju dan seluar , kalau hujan tak la basah lecun kan , tapi bawah seat tak ada tempat letak barang , huuwaaa ! sedihh .

kunci motor
kunci ring tayar , kalau ikutkan mak kimi , dia nak beli rantai lepas itu lilit kat tayar , kimi cakap tak payah mak , sekarang dah maju , ada kunci untuk ring kat tayar , letak dan kunci sahaja , senang dan mudah :)

dari google
dapat satu glove , tapi kimi bagi abah , sebab kimi tak guna , nak guna untuk apa ? jadi bagi abah lagi bermanfaat , lebih kurang macam ni la , warna biru juga , haha , ni semua mak kimi , nak sangat 1 set kononnya , haha .

sticker P

yang ni minta dengan tuan kedai , takkan kimi nak bawa balik motor tak ada P , kan tak pasal2 kena saman , tak nak , minta dijauhkan , nasib tuan kedai baik hati , hehe .

Ok , itu sahaja , mungkin entry ini serba sedikit untuk dijadikan panduan kepada bakal2 pembeli motorsikal diluar sana , buatlah pilihan yang bijak dan menyenangkan anda , seperti kata pepatah , ukur baju di badan sendiri , jangan nak beli motor mahal2 , tapi tak mampu nak bayar , jangan begitu , elakkan ok , jadi setakat ini sahaja entry kimi , bye :)

#entry kali ni kimi bukan berniat nak menunjuk atau berlagak , kimi cuma nak berkongsi idea dan pendapat sahaja,  thanks sebab sudi baca :)



47 ulasan:

  1. Salam bro, aku pn ad motor mr1 mcm kau tpi warna putih , helmet pn putih x ada visor plak lg sdey.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh , ok la tu , sebenarnya kimi tak berapa suka warna putih , sebab lama2 putih tu jadi kekuningan , jadi elakkan letak motor kat panas ye :)

      pasal helmet tu , boleh ke kedai pasang visor , hehe :)

      thanks for reading my blog :)

      Padam
  2. Salam kimi..sya pun baru aje angkat moto ni semalam..x sempat henjut lg..tp entry kimi ni mmg menarik..tau la skit2 psl moto ni..sblm ni MR1 tu apa maksudnya pun sya x tau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam mr fit

      hehe , jangan henjut2 sangat masa mula2 beli , takut rosak nanti , bawa slow2 dulu...

      Sebenarnya model MR1 adalah model modenas kriss tetapi diperbaharui dengan pelbagai fungsi yang baru .

      thanks reading my blog :)

      Padam
  3. Assalamualaikum Bro Kimi,
    Nak brtny...
    RM135 bulan2x ntuk brape bulan yea?
    Slain harga motor, insuran+handling fee & charge2x laien2x ade tak ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam :)

      saya bayar muka RM1550, bulan2 bayar RM135 untuk 2 tahun.
      semua itu termasuk insurans, roadtax dan sebagainya.
      jadi penuhlah.

      Padam
  4. assalam ..kimi .. klau 3 4 tahun , rasa2 brapa erk ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam,

      maksud awak kalau hutang 3@4 tahun macam tu?

      Kalau hutang untuk 3@4 tahun, maka bunga makin naik, dan harga motor makin naik.

      Saya hutang 2 tahun pun, bunga dah cecah rm250+ untuk setahun, kalau 3@4 tahun, anggaran dalam rm1000+ bunga.

      itu cuma anggaran saya, sebab bunga saya untuk 2 tahun dah rm500++.

      Padam
  5. Kimi nak tanya ni. Kalo beli motor je cash rm29xx kan? Tpi kalau motor + insuran + road tax .. Kene tak 4k cash?

    BalasPadam
  6. la nak gak beli warna mrah tp bnyak da gna warna merah..yg putih pun ok jugak lh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe, putih pun ok, merah warna kedua selepas biru, sekarang hitam dah ada :)

      Padam
  7. Sy bru je beli td...tp esok bru dpt motor tu..erm..bgus entri awk ni..,brmanfaat la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah :) nanti jaga elok2 MR1 tu ye

      Terima kasih , semoga bermanfaat :)

      Padam
  8. Plat kau tu plat lama bro.. WEU? Zaman bila? Mesti kau ambil yg interchange punya.. Ambil lah plat yg baru, ngam dgn motor baru.. Plat lama, motor baru :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup, memang plat saya plat lama, sebab plat asal motor saya orang dah beli, tapi takpelah, asal motor baru, kalau plat baru pun, lama-lama jadi lama juga :)

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. nak buat macam mana, dah rezeki saya, isu no plat lama tu bagi saya tak relevan, sebab nanti no plat tu jadi lama juga, motor pun buruk juga, masa ke hadapan, bukan tidak bergerak

      Padam
  9. Beli la apo yg dri sndri suko.. jgn beli apo yg org lain suko.. yg pkai n guno n bayar kn dri sndri.. ha ha ha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul setuju, saya pun tak kisah dengan no plat tu, asal motor baru

      Padam
  10. Saya beli MR1 bulan 1 2014, masuk bulan 6,2014,masuk gear 4 tak pickup, timing problem..adjust kt mekanik still problem juga..kdg kt trafic light free gear, engine mati..kena start semula baru hidup..

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh yeker, alhamdulillah, saya tiada masalah tersebut sejak beli, saya beli dari Februari 2013 dan sampai sekarang, memang tiada masalah.

      Padam
    2. encik bawa pergi mekanik lain untuk ejas timing.. saya pun pengguna mr1 juga dari ogos 2012.. sampai sekarang ok.. gear 4 memanglah x pick up sebab dah gear teratas kn? hehe.. tapi saya akui moto ni memang berat.. x sepadan cc.. saya pernah test naik bukit yang sama, rider sama.. mr1 kena pakai gear 1, honda wave 100 gear 2.. agaknya semua moto modenas berat kot? sebab sebelum ni pakai kriss 110 1st model pn rasa berat..

      Padam
  11. Balasan
    1. saya tak pandai nak modi-modi ni, motor saya sampai sekarang sebiji macam dalam gambar, haha

      Padam
  12. Saya pakai motor kriss keluaran pertama, sampai sekarang dok pakai lagi memang tahan motor kriss ni.

    BalasPadam
  13. Dulu sy prnah pakai modnas kriss.tapi tak igt model apa.tahun 2007 kot.masalah mtor tu cuma btry dia cepat rsak.2-3 bulan dah kong.nk tya,so far ada tak masalah mcm tu? Sbb sy ada cdang nak beli 1.mintak kalau boleh update la lg pasal mr1 kimi.bagus ada review mcm ni sbb tak ramai org bg review mtr mr1 ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, selama 2 tahun baru motor ni, motor ni tak banyak meragam, sekadar pancit tu biasalah, dan saya konsisten tukar minyak hitam sebulan sekali.

      InsyaAllah, nanti saya akan bagi review lagi :)

      Padam
  14. Tahniah Kimi.. Sye dapat Moto Tu jugak.. Tpi warna merah.. Mmg puas hati.. Walaupun x terkenal macm ex5, tpi tetap puas bila menunggang.. Meter out punya wlaupn
    Std.. Orait tuje.. Slamat berjuang..

    BalasPadam
  15. Nak tanya.. kedudukan sticker P belah kanan atau kiri? Mcm gambar tu ea?

    BalasPadam
  16. Nak tanya.. kedudukan sticker P belah kanan atau kiri? Mcm gambar tu ea?

    BalasPadam
  17. pakai lagi tak motor ni kimi...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. pakai lagi, tapi jarang guna, alhamdulillah elok sampai sekarang...

      Padam
  18. kimi kalau saya bayar muka 800 agak2 bape baya bulan2 ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak pasti, kena tengok tinggi interest dengan hutang berapa tahun..

      Padam
  19. Saya ada motor mcm ni kaler merah, harini nak tukar coverset kaler sama sebab bahagian kanan dekat absorber dah patah ada hambah Allah langgar. Alhamdulillah cover set siap pasang RM250 je dan semestinya original di Keat Seng Motor Taman Kosas Ampang SDE

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah wah, saya punya masih sama, haha, kaler biru macam tu lah, sekarang mak yang pakai, saya kerja jauh, motor kat kampung.

      Padam
  20. Balasan
    1. kalau hujan ok je motor ni, xde semput2 pun, dah 4 tahun pakai...

      Padam
  21. Balasan
    1. Alhamdulillah, masuk tahun ke-6 motor ni, masih elok, cuma tak laju mana, hehe

      Padam
  22. Tahan bro.. boleh laju sampai 110 ke 120km kalau tunduk dan berat badan aku 54kg.. kalau x tunduk 100km saja..

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum nak tnya.. Klu sticker p tu tampal kat depan jeke.. Ataupon depan dan belakang

    BalasPadam