Halaman

19/03/2013

Karnival Jom Masuk U 2013 !




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ,

Ahad yang lepas 17/3/2013 , kimi bersama farah pergi ke Karnival Jom Masuk U di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (SASICC) iaitu bersebelahan Hotel Zenith .



Konon-kononnya nak pergi pagi dalam pukul 11 , konon je lah , haha , tapi pagi tu bangun lewat , pukul 11:30 baru kimi bangun , lepas dah bangun , kimi panggil farah , tanya nak pergi ke tak , dia cakap nak pergi , ok , kimi pun siap2 , lepas siap2 , dengar jiran panggil , dia minta tolong belikan buah , sebab suami dia tak sihat .

Kimi pergi Tunas Manja nak beli buah , balik dan sampai rumah , tengok jam dah pukul 2:20 , haha , siap2 , pukul 2:40 baru gerak dari rumah .


Sampai di SASICC dalam pukul 3 , haha , panas juga hari tu , tapi demi KJMU , kimi sanggup , haha , jadi masa sampai , nampak macam ramai juga orang , risau sebab tak nak bersesak-sesak dalam tu , masa kimi pergi tahun lepas memang ramai orang , nak jalan pun susah .


Tapi nasib masa hari kimi pergi , orang tak ramai , jadi senang nak bertanya dan macam2 lagi lah , ada jumpa kenalan lama dan kawan -kawan .

Kimi pergi kat semua U , tak kira awam atau swasta , cuma mahukan informasi dan paling penting brosur dan goodies bag , haha .


Lepas dah pusing 10-15 kali macam tu , haha , banyak kali pusing , lepas tu tengok tangan dah penuh dengan goodies bag , rasa nak balik pula , hehe , sebab farah cakap dia lapar , masa ni la pula makcik ni lapar , haha , kimi tak puas lagi nak jalan2 pusing kat situ .




Jadi pergi lah Megamall sebab farah nak makan di Aida's , sampai2 , omg ! ramainya orang , sebab ABPBH kan , jelajah di Kuantan , orang memang ramai seramainya , sesak kot !

Ok itu sahaja entry untuk kali ni , nanti kimi cerita pasal ABPBH pula ye , bye :)


2 ulasan: