Assalamualaikum ,
2 malam yang lepas (10/4) kimi keluar bersama sahabat baik kimi iaitu arif , dia ni baru balik dari UTM , yelahkan budak U , cuti2 sem ni baru balik , kalau tak batang hidung pun tak nampak , hehe
Jadi malam ni baru dapat panggilan dari arif , dia cakap nak ajak keluar sebab bosan , jadi kimi cakap ok saja ,
Kimi ambil dia kat rumah , naik motor kimi , sampai Teluk Cempedak (TC) , arif cakap nak makan , kimi ajak makan di KFC , jom !
Ada ayam jenis baru pula , biasa ada original dan spicy sahaja , tetapi kimi pergi tadi ada "korean spicy"? pelik pula , apa lagi , kimi nak cuba , kimi pilih ayam korean spicy tu .
Sebenarnya , dimana korean nya sebenarnya terletak di sos itu sahaja , nampak tak sos kat atas ayam tu? gambar seperti tertera di atas , ayamnya rasa mcm spicy biasa sahaja , cuma bila ditambah sos tu , jadilah korean spicy .
Jadi lepas kita orang makan-makan , borak2 sambil makan , gosip dan sebagainya , masa untuk berjalan di luar mengambil angin pantai di malam hari yang sepoi sepoi bahasa , *amboi ayat , gramatis sangat , hehe.
Nampak pula aiskrim McD kat tepi tu , hey aiskrim ni , mencabar nafsu je , haha , lagipun kimi memang dah lama tak makan aiskrim , kimi suka sundae coklat !
Haha , akhirnya beli juga, hehe , lepas dah beli jalan2, dan arif sibuk makan dia punya mc flurry, suka sangat yang tu, kimi suka sundae saja.
Masa jalan-jalan, jumpa kawan lama, cakap2 kejap , sebab hari dah pukul 11:30 malam , dah lewat jadi balik :)
Lepas balik , terus tidur, haha :)
#rindu sangat dekat BFF, akhirnya bertemu kembali :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan