Halaman
▼
24/06/2013
Topeng Muka dan Jerebu ?
Assalamualaikum,
Terdetiknya kimi nak tulis entry ini disebabkan isu semasa yang semakin membimbangkan rakyat Malaysia era kini.Selain itu, kimi lihat sikap masyarakat yang ambil remeh tentang hal ini sedangkan mereka tahu hal ini serius !
Al-kisahnya begini,
Kimi tadi keluar nak ambil makanan kat rumah mak kimi, jadi pakai la topeng muka tu, seban tengok pemandangan macam berkabus saja, tapi sebenarnya jerebu, jadi ambil langkah awal sebelum sesuatu terjadi.
Masa otw nak sampai tu, kimi tengok orang-orang kampung, yang naik motor, jalan kaki, semua tak pakai mask, diaorang tak tahu ker sekarang ni JEREBU? lepas tu, ada juga budak gelak2 tengok kimi pakai mask.
Persoalannya disini, adakah mereka tidak tahu bahawa bahayanya jerebu? atau adakah mereka tidak sayangkan kesihatan mereka?Ataupun, nak tunggu terlantar kat hospital baru nak sibuk pakai mask?
Jelas menunjukkan bahawa masyarakat masih tidak ambil penting hal ini, masih lagi boleh gelak bila tengok "kelakarnya" orang pakai mask.kelakar la sangat kan?
Terbukti disini, masyarakat kita nak tunggu sakit, sampai tak boleh berjalan, sampai muntah darah, baru nak rujuk doktor, masa sakit sikit2 , rela telan panadol sampai nak habis sepapan, bila dah tahap teruk, baru nak terngadah pergi jumpa doktor.akhirnya? MATI sebab dah terlambat.
Mentaliti masyarakat sebegini harus diubah kerana ingatlah sentiasa peribahasa Melayu, sediakan payung sebelum hujan dan sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Tadi pun, kimi cuma nampak hanya ada 2 orang yang pakai mask, yang lain tak, padahal mata kimi dah kelabu sebab banyak sangat jerebu.
*sekadar pendapat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan