saya dah graduate ! yeay ! |
Assalamualaikum,
Hari khamis minggu -minggu yang lepas, yakni (4/7/2013), sekolah kimi
telah dilawati oleh NVG dari Universiti Malaya. Kehadiran mereka disambut baik
oleh pengetua dan pihak sekolah.
Sebelah pagi, mereka bersama pelajar lower six, dan selepas
rehat, mereka bersama kami iaitu pelajar-pelajar upper six
Masa yang diperuntukkan kepada upper six hanya seketika
iaitu sehingga jam 12 sahaja, bayangkanlah, habis rehat jam 11.10, tapi bukan
sharp pun masa tu, pasti ada yang lewat juga, lebih kurang jam 11.30 macam tu
mula, habis dalam jam 12.10.
Masa yang agak singkat, jadi majlis dipercepatkan, pelajar
diberi peluang untuk memilih fakulti masing-masing bersama akak-akak dan
abang-abang dari bidang tersebut untuk diberi pendedahan tentang course yang
pilih. Kimi semestinya memilih jurusan undang-undang (law), hehe, entah dapat ke
tidak kan, hehe.
Di bidang undang-undang kakak yang menguruskan penerangan,
pendedahan seperti syarat kelayakan, pointer, jenis, dan macam-macam lagi,
insyaallah, kalau dapat pointer baik, dapatlah masuk UM ye, kalau tidak,
wallahu allam.
Selepas sesi bersama fakulti, ada pelbagai aktiviti seperti
pertunjukan fakulti-fakulti di UM, penjualan t-shirt NGV, sesi fotografi
bersama jubah graduasi UM, dan lain-lain.
Kimi tertarik dengan jubah tu, bukan senang nak tengok jubah
tu apatah lagi nak pakai kan, jadi, kimi pun nak juga bergambar dengan jubah
tu, dengan harapan mungkin tak dapat masuk UM, haha, peluang macam ni bukan
senang, sekali seumur hidup tau.
Lepas bergambar, rasa macam dah grad, haha, perasan kimi ni,
hehe, rasa la juga pakai baju tu, dan tulis borang soal selidik.
Ok, akak ni dari jurusan Medic, pengkhususan pergigian,
haha, bukan calang-calang orang ambil bab-bab gigi ni, akak ni cantik sangat,
kimi ni budak art, mana layak nak ambil bab perubatan, ambil gambar dengan akak
ni sudah cukup, haha, nasib akak ni nak bergambar, sempat lah borak
sikit-sikit, ahaks!
Kimi nak ucapkan terima kasih kepada akak-akak dan
abang-abang UM yang sudi datang ke sekolah kimi dan memberi pendedahan dalam
masa yang sama menarik minat pelajar untuk masuk ke salah satu universiti terulung di
Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan