Halaman
▼
22/08/2013
Hadiah dari Vietnam !
Assalamualaikum,
Cuti Sekolah bagi Perayaan Hari Raya berlangsung selama 2 minggu, bagi umat Islam, kita pasti tidak sabar untuk menyambut Hari Raya, tetapi, kaum agama lain, pasti ada agenda lain selain dari turut sama merayakan perayaan Hari Raya dengan melawat rumah terbuka dan sebagainya.
Bagi Cikgu MUET kimi, Miss Quek, beliau telah melancong ke Vietnam, wah wah ! Untungnya badan, dapat bercuti ke sana sini, iri hati kimi mendengarnya, hehe
Apa gunanya melancong tanpa ada ole-ole yang dibawa pulang bersama, jadi Miss Quek telah magnet hiasan peti sejuk (fridge magnet).
Sungguh comel bila tengok, Miss Quek beli untuk satu kelas, nasib kelas kimi cuma 17 orang sahaja, hehe, jadi semua dapat.
Terima kasih kimi ucapkan kepada Miss Quek kerana masih ingat kami walau bercuti jauh nun disana dan masih lagi membeli ole-ole kepada anak-anak didikmu yang nakal ini, hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan