Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Dalam kita tak sedar, betapa besarnya pengorbanan seorang guru kepada kita dari sekolah rendah sehingga peringkat tertinggi, tak ternilai dan tidak boleh diganti dengan wang ringgit.
Alkisahnya, Rabu lepas, KK ambil keputusan STPM, jadi harus ke sekolah, rasa macam bersalah pula, takkan nak datang dengan tangan kosong saja.
Jadi, KK telah bercadang nak beri sedikit hadiah untuk guru-guru yang mengajar KK dan guru-guru yang lain.
KK buat kek Minyak, hehe, sekarang ni memang KK suka buat kek ni, mudah dan cepat, tak banyak karenah.
Selepas dikira dan dihitung, lebih kurang 16 guru yang perlu KK beri, jadi anggaran kek 3 biji semuanya.
Malam rabu tu KK buat seorang kat dapur, lepas satu kek sampailah jadi 3 biji, KK tinggal dulu kat dapur, pagi tu baru pack dalam paper bag.
Dalam tu ada 2 slice kek, KK letak berbeza warna, rasa sama saja, warna je yang lain, hehe, sekadar cenderahati kecil dari KK.
KK harap cikgu semua suka dan gembira bila dapat hadiah tu, dapatlah rasa air tangan KK yang tak berapa ni, hehe.
Terima kasih kepada guru-guru di SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang yang telah mendidik KK dan mencurahkn ilmu tak berbelah bahagi, sesungguhnya, Jasamu Dikenang :)
seedp tuu..warna warni...nak jugaaaa :D
BalasPadamhehe, syira buat lagi sedap, ada resipi kat blog KK :)
PadamAssalamualaikum dik. wahh bestnya.. baguslah awak. beri penghargaan buat cikgu2. hehee
BalasPadamwasalam Kak Sheila,
Padamterima kasih, hadiah kecil je, tak dapat nak banding dengan jasa cikgu