Halaman

16/03/2014

Melawat makcik di hospital


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Malam semalam, KK telah diajak oleh jiran sebelah, nak pergi melawat mak saudara kawan kat hospital, baru lepas pembedahan.


KK pun tak buat apa malam semalam, boleh lah teman, lagipun hospital swasta, jadi boleh lah melawat malam.

Mak saudara kawan sakit barah rahim, alhamdulillah, selamat buat pembedahan. Tak sangka terjadi macam ni.


Bila pergi melawat, nampak sihat, boleh bercakap, ramai ahli keluarga pergi melawat, malu pula KK, hehe

Semakin lama, semakin ramai pula yang datang melawat, jadi KK dan kawan duduk diluar, sebab dalam bilik tu dah ramai kan, takkan nak berhimpit, kita utamakan yang lebih tua.

Borak-borak kejap, lepas tu bersalam sebab nak balik, nak singgah Tunas Manja sekejap, nak beli barang sikit.


 KK doakan makcik cepat sihat tau :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan