Halaman

10/03/2014

#Pray4MH370 : Sayu hati ini :(


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tak tahu kenapa, KK rasa begitu sayu bila sebut pasal kisah yang betul-betul menggemparkan seluruh Malaysia malahan menjadi trending dunia.



Kes kehilangan pesawat MAS Boeing MH370 telah menjadi satu isu yang mengejutkan rakyat Malaysia dalam masa yang begitu singkat.

KK sebenarnya tahu agak lewat tentang berita ini, kerana KK ada MUET Test dari pagi sampai ke petang, jadi telefon dan tv memang KK tak pandang.


Balik saja dari Test, KK singgah rumah Kak Jun nak ambil barang, tiba-tiba Kak Jun tanya, tak tengok berita ke pasal kapal terbang hilang?

KK jadi macam pelik, sebab memang betul-betul tak tahu, jadi Kak Jun cerita lah dari A sampai ke Z alkisahnya, KK meremang bulu roma bila dengar.


Balik saja rumah, buka FB, memang semua post pasal MH370, tv pun sama, semua sebut pasal kehilangan pesawat tu, KK sedih sangat.

Walaupun tiada sesiapa kenalan atau waris yang kena mengena dalam kejadian tu, tapi hati KK berasa amat sedih dan sangat-sangat terharu dengan apa yang terjadi.


Kita hanya merancang, Allah saja yang menentukan, janganlah kita nak salahkan takdir, benda yang sudah tertulis, kita sebagai manusia, harus redha

Sebak tengok ahli keluarga dan waris mangsa, menangis-menangis menunggu berita, kesian sangat, memikirkan apa yang sebenarnya yang terjadi.

Misi mencari masih lagi diteruskan, sama hebat dengan spekulasi yang tidak berasas keluar di media sosial, sudahlah, fikirkan perasaan keluarga mangsa.



Pertolongan dari negara-negara lain juga sangat baik, sanggup membantu menghantar bantuan dan sebagainya, terima kasih KK ucapkan.

Walau apapun, kita hanya mampu berdoa, tak sanggup mata ini, buka fb, keluar pula gambar-gambar mangsa, Ya Allah, tak sanggup KK melihat, sedih.

Teruskan berdoa, ingatlah Allah bersama kita, insya Allah, akan dipermudahkan segalanya, KK juga turut sama berdoa untuk kesejahteraan semua :(


MH370, Please come back, Malaysian miss you :'(

#Pray4MH370



Tiada ulasan:

Catat Ulasan