Halaman

16/04/2014

Kerja shift Afternoon +_+


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harini KK masuk kerja pukul 1, jadi pagi ni adalah masa sikit nak berehat dan buat apa yang patut.


Baju yang KK basuh semalam, sempat jemur pagi ni, lepas tu dapat kemas sikit bilik.

Bila dah kerja petang, KK biasa bawa bekal, malas nak jalan pergi beli makanan, lagi satu jimat sikit duit, makan kat bilik staff sahaja.

KK sekarang dah ada ID, senang kata dah punch card, pakai sistem komputer, jadi masuk kerja kena awal, tak boleh lambat, kalau tak habis lah gaji, hehe

Tak disangka dah 16 hari KK bekerja, sekejap saja masa berlalu kan, pejam celik,  pejam celik, dah separuh bulan.

Ok semua, KK nak gerak pergi tempat kerja, KK pergi dulu, doakan KK selamat sampai, Assalamualaikum  :)

*gambar semalam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan