Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Kalau diikutkan jadual bulan ni, KK memang banyak kerja shift pagi, boleh kira sangat berapa hari saja dapat shift tenggahari.
Hal ini disebabkan, satu, KK dah pandai macam mana nak kendalikan kalau kerja pagi, segala hal, KK dah boleh buat, alhamdulillah.
Dua, lepas sahaja 13 haribulan, 2 orang staf yang menjalani praktikal disini akan menamatkan perkhidmatan beliau, sedih :(
Jadi, sebab tu KK banyak dapat kerja pagi, lepas ni staf hanya berbaki 4 orang sahaja, jadi kena bergilir-gilir kalau nak cuti.
Esok KK kerja pagi, kena tidur awal malam ni, jangan nak bersengkang mata, hehe :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan