Halaman
▼
17/07/2014
Ramadhan 17 : Balik lewat :(
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Semalam KK kerja pagi, penat jangan nak cakap, rasa nak ponteng saja, haha, tapi siapa nak buat opening kalau KK cuti? haha
Kalau dah kerja seorang, memang dah tak boleh nak lari, kecuali kecemasan kan, adalah sebab munasabah, kalau tak jangan harap.
Petang pula shafiq, dah maknanya kerja semua KK kena buat, roti untuk persedian esok KK kena buat semua.
Juadah berbuka puasa pula, donut sosej goreng, satu hal pula nak mengoreng, kalau bakar senang, sabar jelah kan, ikhlaskan diri.
Buat roti, sampai pukul 4, KK goreng juadah berbuka sampai 4:30 baru rehat, naik rehat pukul 5:15 dan sambung buat roti.
Pukul 6:30 baru siap, dan sedia barang untuk esok sampai 6:50, sampaikan shafiq suruh berbuka kat sana terus, KK terpaksa tolak secara baik sebab dah janji dengan mak nak berbuka di rumah.
Kalau ikutkan, KK dah boleh balik pukul 5, sebab shift setakat tu saja, tapi dah keja tak siap, redha saja, nak buat macam mana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan