Halaman

22/07/2014

Ramadhan 23 : Penangan kopi !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Hari ni KK cuti, baru saja dapat cuti Jumaat lepas, tapi dapat lagi cuti harini, kita kerja kena ikut jadual, huhu


Semalam KK kerja petang, jadi berbuka di tempat kerja, makanlah nasi lemak dengan ayam, air pula air kopi

Sedap pula air kopi semalam, air kopi pula banyak lebih, memang sedap lah KK minum habis minum habis


Rasanya banyak gelas juga semalam, kita dah berbuka kan, rasa nak makan, rasa nak minum saja, rasanya dalam 6 gelas ada semalam, sampai kembung perut

Akibatnya, tak boleh tidur, streamyx ni pula buat hal, sakit hati, nak online pun tak ada mood, tidur lah pengakhirannya.

Bila dah baring, tutup lampu, rasa macam lama sangat mata ni tak lelap, tengok telefon, ehh, dah jam 2 pagi, teruk dah ni.

Cuba lelapkan mata semula, tengok jam dah pukul 3, barulah KK teringat kes telan kopi sampai 5-6 gelas malam tadi, baru tahu penangan kopi ! haha


Sampaikan pukul 4 rasanya baru lelap, pukul 5 mak dah kejut sahur, aduh ! penatnya badan rasa nak merangkak, dah macam zombie bangun sahur.

Lepas dah sahur, langsung tak dapat tidur, rasa macam biasa saja, sebab dah makan kan, mata pun segar.

Pukul 10, teman mak beli biskut raya, jalan sini, jalan sana, balik dalam jam 2 petang, mata mengantuk sangat, akhirnya tidur ! kopi punya sengat dah habis, hehe

Sedar tak sedar pukul 7, bangun mandi, tunggu sekejap dah terus berbuka, alhamdulillah, rezeki-rezeki.


Esok kerja pagi, deret 3 hari kerja pagi, lepas tu cuti semula hari Jumaat :) yeay ! raya tak raya, Ramadhan bakal melabuhkan tirainya.

Pengajaran : Minum kopi tak salah, tapi sila jaga kuantitinya :)


2 ulasan: