Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Selamat Hari Raya semua, maaf zahir dan batin dari KK sekeluarga, jika ada terlanjur kata dalam percakapan atau penulisan blog
Harini KK kerja juga tau, dapat beraya sekejap saja di rumah, nasib lah kerja petang, kalau tak, pagi-pagi buat tak ada kat rumah dah
Busana di pagi raya, pakai baju yang masa hari kahwin semasa di Klang awal tahun ini, kalau ada yang masih ingat, tak beli pun.
KK bawa sikit kek yang buat semalam, boleh rasa-rasa kat tempat kerja nanti, hehehehe
Yang seronok, harini dapat pakai baju raya kat tempat kerja, harini dan esok, seronok kan? huhu
Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan