Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Semalam KK kerja pagi, balik awal lah kan, tiba-tiba malam tu rasa nak makan chicken chop anak tekak ni, haha
Cuba pujuk kakak, dia pun balik awal semalam, lepas dah habis pujuk, dia pun cakap okay sahaja, pukul 8 siap
Sepupu a.k.a jiran sebelah rumah pun turut serta, nak makan chicken chop juga katanya, hehe
Bila sampai, ramainya orang, KK yang beratur, minta sepupu dengan kakak cari tempat kosong.
Makan chicken chop semua, KK air pepsi, yang lain nak air apple susu, kemain airnya.
Akhirnya, dapat lepas hajat nak makan, lama sangat dah tak makan kat sini, nanti boleh datang lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan